Monday, May 26, 2014

Sambutan Hari Guru 2014

Dengan Tema Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi, majlis sambutan hari guru 2014 peringkat SMKD Perdana telah selamat diadakan hari ini. 


G U R U
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diamnya ada bijaksana,
Berbahagialah Menjadi GURU.
SELAMAT HARI GURU.

Majlis sambutan telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn Hj Che Adinan B Hj Ghani, NYDP PIBG SMK Dato' Perdana.  Terdahulu,  Perutusan Hari Guru daripada Menteri Pendidikan telah dibacakan oleh En Rusli B Idris, Penolong Kanan Pentadbiran.

Berikut adalah aturcara majlis sambutan.



Aturcara majlis
0730
Ketibaan dif jemputan
0740
Perarakan dif jemputan dan guru-guru ke Dewan Sri Perdana
0815
Majlis perasmian dimulakan
Nyanyian lagu negaraku
Bacaan doa (Ustaz Adnan B Ishak)
Ucapan wakil pelajar (Ketua Pelajar)
Ucapan alu-aluan:
Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood
(Pengetua SMK Dato’ Perdana)
Ucapan Perasmian
Tn Hj Che Adinan B Hj Ghani
(NYDP PIBG SMK Dato’ Perdana)
Gimik perasmian – pemotongan Pulut Kuning dan Persembahan
Persembahan khas pelajar
Pelancaran Antologi Puisi “Perjuangan Kita Jasa Dikenang”
Acara simbolik penyampaian kad ucapan Hari Guru
Nyanyian lagu Guru Malaysia dan Hari Guru.
Ikrar guru
Penganugerahan tokoh guru
Penyampaian cenderahati
Sesi bergambar
Majlis perasmian selesai
1000
Jamuan guru
1030
Acara pentas sempena hari guru












Monday, May 12, 2014

Perkemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam 2014

Perkemahan selama empat hari ini telah diadakan di Kem Kijang bermula 5hb Mei hingga 8hb Mei 2014.  Seramai 12 orang peljar SMKDP telah mewakili PPD Bachok dalam perkemahan itu.  Turut mewakili PPD Bachok ialah pelajar-pelajar dari SMK Beris Panchor.






Program Imam Muda Peringkat Sekolah 2014

Buat julung kalinya, SMK Dato' Perdana telah berjaya melaksanakan program Imam Muda peringkat sekolah pada 8 - 10 Mei lalu.  Selain dari pelajar SMKDP (45 orang pelajar), program ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar dari SMK Dato' Ismail ( SMKDI - 21 orang pelajar) ), Pasir Puteh.

Objektif program :



  • Konsep tauhid dalam kepimpinan pelajar
  • Memberi latihan asas kepimpinan dalam pemimpin pelajar
  • Meningkatkan keyakinan pemimpin peljar menguruskan organisasi
  • Memupuk kemahiran kepimpinan kreatif dan inovatif dalam aktiviti yang dijalankan
  • Menerapkan nilai-nilai murni kearah keperibadian muslim
  • Mendekatkan jiwa remaja kepada agama secara lebih kreatif dan berkesan
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang ilmu agama seterusnya mampu mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian.
  Jadual Program



Khamis (8 Rejab / 8 Mei )
Masa
Aktiviti
Catatan
4.00 ptg
Pendaftaran peserta
Ketibaan fasilitator

4.30 ptg
Solat Asar
Bacaan Mathurat
Minum Petang
Minum Petang (Asrama)
Fasilitator dan 6 guru
Pelajar SMKDI (21 orang)
Pelajar SMKDP (45 orang)
5.15 ptg
Pengenalan fasilitator
Ice-Breaking

6.30 ptg
Makan malam
Kendiri
Makan Malam (Asrama)
7.10 mlm
Zikir Munajat


Solat Maghrib


Slot 1: Pemurnian Tauhid

9.00 mlm
Solat Isya’
Bacaan Yaasin
Qasidah dan Selawat Tobibiyah

9.45 mlm
Bengkel 1: Thoharah dan Bersuci

10.30 mlm
Minum Malam
Bacaan Al-Mulk
Minum Malam (Asrama)
Jumaat  (9 Rejab / 9 Mei)
5.00 pg
Kendiri

5.15 pg
Qiamullail


Solat Subuh
Bacaan Mathurat


Tazkirah Ringkas


Terapi Embun

7.00 pg
Riadah

7.45 pg
Sarapan
Sarapan Pagi (Asrama)
8.00 pg
Kendiri

8.30 pg
Solat Sunat Dhuha

9.00 pg
Slot 2: Imam dan Bilal (Tugas dan Kaedah)

10.00 pg
Bengkel 2: Bacaan Al-Fatihah dan Rukun Solat

10.30 pg
Minum Pagi
Minum Pagi (Asrama)
11.00 pg
Slot 3: Solat Jemaah (Wirid, Zikir, Doa, Azan dan Iqamat)

12.00 tgh
Relaksasi
Kendiri
Makan tengahari (Asrama)
12.40 tgh
Bertolak ke masjid

2.30 ptg
Bengkel 3: Pengurusan Jenazah

5.00 ptg
Solat Asar

5.15 ptg
Sambungan bengkel 3

6.30 ptg
Makan malam
Kendiri
Makan malam (Asrama)
7.30 mlm
Solat mabhrib

7.40 mlm
Tahlil

9.00 mlm
Slot 4: Perjalanan Insan

10.30 mlm
Minum malam
Bacaan surah Al-Mulk
Minum Malam (Asrama)
11.00 mlm
Lena Mujahid

Sabtu (10 Rejab / 10 Mei)
5.00 pg
Kendiri


Qiamullail


Solat subuh
Bacaan Al Mathurat


Tazkirah


Terapi Embun

7.00 pg
Minum pagi
Kendiri
Minum Pagi (Asrama)
7.30 pg
Explorace Imam Muda

9.30 pg
Solat Dhuha

10.00 pg
Bengkel 5: Resolusi Program

12.00 tgh
Majlis Penutup
Makan Tengahari
Makan Tengahari (Asrama)
2.00 ptg
Gotong royong membersih bilik
Bersurai










Wednesday, May 7, 2014

PEKELILING ICT BIL. 1 TAHUN 2009

Sila ambil perhatian 

Semua warga sekolah, sama ada staf akademik atau bukan akademik, sebagai seorang warga kerja di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, anda dikehendaki memahami dan mematuhi Pekeliling ICT Bil 1/2009, Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Kementerian Pelajaran Malaysia.  Sila baca pekeliling ini dan dapatkan maklumat lanjut dari En Rosli Idris (PKP) atau En Mohd Sambri Adam untuk tindakan berikutnya.

Harap maklum.

Lawatan Kolaborasi SMK Ahmad, Pekan

Pengetua SMK Dato' Perdana serta seluruh warga SMK Dato' Perdana mengucapkan terima kasih kepada rombongan SMK Ahmad, Pekan, Pahang yang  telah sudi bertandang ke SMK Dato' Perdana pada 30hb April 2014 yang lalu.  Melalui lawatan kolaborasi begini banyak manafaat yang diperolehi oleh kedua-dua pihak.
Selain bertukar-tukar pandangan dan pengalaman, jalinan silaturrahim juga dapat dipertingkakan di kalangan warga terlibat.