Profail Sekolah


VISI SEKOLAH
SMK DATO’ PERDANA
Akan menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Menjelang Tahun 2020
MISI SEKOLAH
Membangunkan Modal Insan Kelas Pertama
Melalui Pendidikan Berkualiti
e-Mel
Kod Daftar Sekolah
DEA 0040
MOTO SEKOLAH
INTEGRITI, AKAUNTABILITI, BERKUALITI
SLOGAN
TRANSFORMASI MENJANA WAWASAN
TEKAD
“Menjadi Institusi Pendidikan Cemerlang Lagi Tersohor”
MATLAMAT SEKOLAH
  • Memupuk, membentuk dan melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kokurikulum, akhlak dan keimanan.
  • Memperkenalkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah, dan kepimpinan.
  • Melahirkan generasi pelajar yang patuh dan setia kepada Agama, Bangsa dan Negara.
  • Menyediakan peluang pendidikan sesuai dengan potensi individu, kondusif, harmonis serta persekitaran ceria.
  • Menjadi agen berkesan dalam melaksanakan arahan kerajaan, KPM, JPN, dan PPD serta agensi berkaitan.

OBJEKTIF SEKOLAH
  • Mencapai kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
  • Melahirkan insian yang berketerampilan.
  • Menyediakan peluang kepada semua warga sekolah bagi memperkembangkan potensi dalam kerjaya, pendidikan dan kepimpinan.
  • Menjadi perantaraan yang berkesan serta serta relevan dalam perhubungan antara kerajaan dan masyarakat.
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang patuh kepada Rukun Negara, taat setia dan bersatu padu.
DASAR KUALITI
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Perdana adalah sebuah institusi pendidikan cemerlang dengan perkhidmatan berkualiti dan relevan pada setiap masa terhadap pelanggan dan aspirasi Negara.

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan peluang secara adil kepada setiap pelajar dengan mengamalkan nilai-nilai kualiti dalam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah.

Kami bertekad untuk mengutamakan kesejahteraan dan kepuasan pelanggan demi mencapai wawasan masyarakat dan kerajaan.

Kami juga komited untuk menyediakan kemudahan termampu dan merancang program-program yang relevan ke arah melahirkan generasi pelajar yang mempunyai jati diri, berdaya saing dan berakhlak mulia.
ETIKA SEKOLAH
  • Guru-guru Utamakan PnP (Core Business)
  • Guru-guru Bersikap Cakna dan Prihatin
  • Kerjasama Warga Sekolah (mendatar dan menegak)
  • Kerja Berpasukan
  • Ramah, Mesra, dan Berbudi
  • Penyayang dan Beradab
  • Professional
  • Melayani Pelanggan
  • X-PLUS