Saturday, August 9, 2014

Sambutan Hari Raya 2014

Hari Khamis, 7hb Ogos 2014 tetap menjadi kenangan kepada para pelajar SMK Dato' Perdana, khususnya para pelajar tingkatan 1 kerana pada hari ini  telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Puasa 1435H. Dengan masing-masing berpakaian raya (Baju melayu - lelaki), mereka telah dijamu dengan pelbagai jenis hidangan. Ada sate, ada nasi Arab serta pelbagai kuih-muih.
Majlis sambutan tahun ini walaupun disambut sederhana, tetapi penuh dengan kemeriahan terpancar diwajah pelajar-pelajar.  Majlis sambutan yang diadakan di Dewan Terbuka SMKDP ini turut disertai oleh YDP PIBG, wakil daripada PPD Bachok dan juga bekas guru SMKDP yang telah berpindah SMK Bachok pada tahun 2013.
Sebelum menikmati hidangan, pengetua, dalam ucapannya melahirkan kesyukuran kerana berjaya melaksanakan satu lagi majlis sebegini.  Melalui majlis seperti ini, pastinya akan dapat menanam sikap dan minat pelajar serta warga sekolah semuanya semangat kerjasama, bermaaf-maafan sesama sendiri.  Dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
Semoga semangat dan disiplin ramadhan yang dipupk selama sebulan ini akan terus tertanam dan dihayati dalam jiwa setiap warga SMKDP.
Majlis yang bermula jam 1 tenghari ini telah ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.





Friday, August 8, 2014

Sehari Lestari Pusara

Satu program Insaf Komuniti bertajuk Sehari Lestari Pusara telah dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam, Tangok, Bachok.  Program yang berlangsung pada hari rabu, 6hb Ogos 2014 diadakan sebagai salah satu program sekolah dalam usaha untuk memberikan pendidkan kepada para pelajar SMKDP.
Matlamat program ini adalah :

Mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah.

Objektif program adalah :
  • Menunjukkan kecaknaan
  • Menampilkan  dan menghayati ciri-ciri insane yang berakhlak mulia.
  • Merancang, melaksana, mengelola projek, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif
  • Memupuk semangat kecintaan
  • Menimbulkan kesedaran dan keinsafan


Program bermula jam 3.00 petang dengan majlis penerangan oleh pengarah projek, Cikgu Baharom Ab Rahman, diikuti dengan ucapan aluan dan ingatan oleh Th Hj Ahmad Nazari, PK Kokurikulum mengenai adab-adab semasa berada di atas tanah perkuburan.

Program yang disertai oleh semua pelajar tingkatan 1, 2, dan 4 ini berakhir kira-kira jam 5.00 petang. Sebelum bersurai, peserta-peserta telah dijamu dengan bubur 'chacha' yang disediakan oleh pihak penganjur program.

Kepada semua yang terlibat menjayakan program ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.