Monday, December 8, 2014

Selamat Bercuti - Moga Berjaya

Kepada semua pelajar SMKDP pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti.  Jangan lupa tahun depan, 2015 datang sekolah lagi.  Kepada pelajar-pelajar SPM, kami doakan anda semua mencapai kejayaan yang cemerlang.  Penuhilah masa lapang dengan aktiviti yang bermanafaat.  Jangan bazirkan masa dengan whatsApp, facebook , tweeter dan sebangsa dengannya.
Buatlah kira-kira. Kita semuanya diberi masa selama 24jam sehari = 1440 minit =86400 saat.
Cuba hitung,
Untuk tidur - 8 jam   = 480 min,  baki 960 minit.
Untuk SOLAT -
Untuk baca QURAN -
Untuk ...



 
 

Asyura

Menjelang cuti akhir tahun persekolahan 2014, pada 12 Nov 2014, pelajar-pelajar asrama SMKD bersama pihak kantin asrama telah membuat  asyura.  Sebanyak 4 kawah asyura telah dibuat pada majlis berkenaan di mana ianya dikendalikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 2 dengan dibantu oleh guru-guru dan pekerja sekolah secara bergilir-gilir. Hasilnya kesemua asyura yang siap dimasak diagihkan kepada semua warga sekolah.
Program ini secara tidak langsung telah merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada dikalangan warga SMKDP.  Semoga program-program seperti ini lebih kerap diadakan di sekolah ini dalam usaha untuk megurangkan "stress" di kalangan warga SMKDP khusunya pelajar-pelajar dan juga guru-guru.





Kepada pelajar-pelajar / guru-guru yang ada rakaman gambar semasa program ini boleh emelkan gambar tersebut untuk dimuatnaik ke laman ini.
Terima kasih.