Friday, February 17, 2017

Majlis 2 Dalam 1

Tarikh : 13 Februari 2017 (16 J Awal 1438)
Masa : Bermula jam 11:30
Program:
Majlis Penyampaian Hadiah Pemenang Merentas Desa
Majlis Perpisahan Pn Noriah Daud (PK KO)
Lokasi : Dewan Sri Perdana

Kejohanan Merentas Desa 2017


Keputusan Keseluruhan
Mat Kilau
1
Tok Janggut
2
Dato’ Bahaman
3
Dol Said
4


Majlis Perpisahan bagi meraikan Pn Noriah Daud (PK KO) yang telah bertukar ke SMK Puteri Saadong, Bukit Marak, sebagai PK HEM.
Selamat bertugas di sekolah baru


Juara Merentas Desa - Mat Kilau






Wednesday, February 8, 2017

Kejohanan Merentas Desa 2017

Tarikh :  6 Februari 2017
Masa : 15:30 - 17:00
Tempat : SMK Dato' Perdana
Pelepasan : Ybrs Tn Hj Sulaiman B Daud (Pengetua)




Tuesday, February 7, 2017

Program 2 dalam 1



Tarikh
6 Februari 2017
Program
Majlis Perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid 2017
Tempat
Dewan Sri Perdana, SMK Dato’ Perdana
Masa
07:30




Pengenalan
Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.  Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM.
Rasional
Komitmen antara pihak KPM melalui peranan sekolah dan PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam kalangan murid.  Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang.  Kehadiran PPS melalui JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan kea rah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.
Objektif
·      Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS
·      Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral dama ada di dalam atau di luar sekolah
·      Membugar kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 10 KP(BPSH-SPDK) 201/005/01/Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010



MASA
ATURCARA

07:20
Pelajar-pelajar dan guru-guru berkumpul
07:30
Ketibaan tetamu jemputan

Majlis dimulakan
(Nyanyian 3 lagu)
Bacaan Doa
Ikrar pelajar
Aluan Pengetua
Bacaan perutusan  KPN (Ketua Polis Negara)
(Wakil PDRM)
Bacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia
(Wakil PPD Bachok)
Pelancaran Program
Gimik Perasmian
JOM KE SEKOLAH dan PETI ADUAN DISIPLIN MURID
Penyampaian cenderahati
08:30
Majlis bersurai