Wednesday, April 19, 2017

Majlis Graduasi Kali Ke 4 2017

Tarikh : 18 April 2017 (23 Rejab 1438)
Tempat : Dewan Sri Perdana

 










 

 





 

 





Sunday, April 16, 2017

Kem Solat Siri 1/2017

Tarikh : 14 April 2017
Masa : 8:00 pagi - 12 Tengahari
Tempat : Masjid Ar Rahman, SMK Dato' Perdana
Penglibatan : Pelajar Tingkatan 1 dan 2
Tenaga Penggerak : Ustaz Zaidi, Ustaz Nor Apini, Ust Nik Ab Shukur, Ustaz Jemputan, Ustazah Azimah, Ustazah Maznah, Ustazah Asiah,Ustazah Jemima, Ustazah Siti Haniza dan Ustazah Rosmawati
















Saturday, April 8, 2017

Majlis Konsultasi dan Ceramah Keibubapaan


Majlis Konsultasi dan Ceramah Keibubapaan
PT3, SPM dan STPM 2017
Tarikh
6 April 2017
Tempat
Dewan Sri Perdana, SMK Dato Perdana
Masa
10:30 pagi
Perasmian
Hj Sulaiman B Daud,
Pengetua SMK Dato Perdana
Rasional
Kerjasama tiga penjuru antara ibu bapa, guru dan pelajar harus digembeling dan diperkasa seawall mungkin dalam semua aspek untuk menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan PT3, SPM dan STPM 2017.
Matlamat
Program ini diharapkan dapat merealisasikan target kecemerlangan sekolah iaitu; Kelulusan Cemerlang PT3 (110 calon), Cemerlang SPM (GPS 2.15) dan Cemerlang 5P STPM.
Objektif
  • Meningkatkan motivasi diri dan kesedaran agar berusaha bersungguh-sungguh untuk peningkatan kecemerlangan bilangan “A” bagi setiap pelajar PT3, SPM dan STPM
  • Melaksanakan penggunaan masa pembelajaran secara optimum, terancang, sistematik serta berkesan
  • Memperkasakan kerjasama antara ibu bapa, guru dan pelajar dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum

Program / Aturcara
10:30
Ketibaan dan pendaftaran ibu bapa / penjaga
11:00
Majlis dimulakan
Doa
Ucapan Aluan
YBrs Tn Hj Sulaiman bin Daud
(Pengetua, SMK Dato’ Perdana)
11:15
Ceramah AADK
(Satu perkongsian pengalaman)
12:00
Ceramah Keibubapaan
“Ibu Bapa Penjaga – Kecemerlangan Anaka-anak”
(Ustaz Nazri bin Mohd Noor)
13:30
Majlis Konsultasi (PT3 dan SPM – Di kelas, STPM – Bilik Wawasan)
  • Isi borang Target
  • Aku janji
  • Edaran slip keputusan peperiksaan
  • Perbincangan ibu bapa, guru dan pelajar

14:30
Majlis bersurai






Sunday, April 2, 2017

Program 3 dalam 1

Tarikh
02 April 2017
Masa
07:40 – 08:30
Tempat
Dewan terbuka, SMKDP
Program
Majlis Pelancaran
1         Bulan Bahasa
2         Kempen Penerusan Nilam
3         Hari Kesedaran Autism
Perasmian
Pn Hjh Zailani bt Mamat (mewakili Pengetua, SMK Dato’ Perdana)
Autisme
Latar Belakang

Setiap tahun, tanggal 2 April telah diisytiharkan sebagai Hari Kesedaran Autisim Sedunia (World Autism Awareness Day).  Tujuannya adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit autistik.
Untuk tahun 2017, Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut dengan tema warna biru.  Di Malaysia, mungkin sambutan hari ini tidak sehebat negara luar.  Pendedahan masyarakat mengenai autism masih lafi rendah.
Pada tahun ini, 2017, untuk julungkalinya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengarahkan supaya sambutan ini diadakan disemua sekolah di bawah KPM.
Ini bertujuan untuk memupuk kesedaran bahawa setiap insan adalah istimewa termasuk kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme.  Di samping itu, program ini diharapkan akan dapat menyebarkan maklumat berkaitan Autisme kepada semua warga sekolah.