Monday, January 18, 2021

MAKLUMAN PENDAFTARAN

 Salam sejahtera...


Makluman Kepada Semua Ibubapa Murid SMK Dato' Perdana.

Hanya murid ting 5 (2020) dan pelajar ting 6 sahaja yang akan mengikuti persekolahan pada secara bersemuka atau hadir ke sekolah pada 20.1.2021 ini. Bagi murid di atas yang tinggal di asrama, perlu mendaftar masuk pada 19.1.2020 mulai jam 2.00 petang.

Bagi murid- murid lain iaitu tingkatan 1,2,3,4 dan 5 akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah(PdPR) dan tidak perlu hadir ke sekolah.

Pendaftaran pelajar tingkatan 1 akan hanya dibuat melalui talian. Pohon ibubapa murid ting 1 yang ditawarkan belajar ke SMK Dato Perdana menghubungi sekolah dengan segera untuk menerima atau menolak tawaran tersebut di talian 01165733739.

Kerjasama ibubapa amat kami hargai.


Terima kasih.

Wednesday, January 13, 2021

ARAHAN DAN SOP BAGI PENDAFTARAN ASRAMA TING 4,5(2021), 5(2020), DAN 6

 Arahan dan SOP ketat semasa hari pendaftaran asrama untuk ting 4, 5(21), 5 (20) dan 6 .

Tarikh: 19/1/ 21.
Masa : 2.30 ptg- 5.00 ptg.

1. Ibubapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
2. Ibubapa dikehendaki menurunkan pelajar diluar kawasan sekolah.
3. Pelajar dikehendaki memakai mask dan mengambil suhu.
4. Pastikan tiada barangan ditinggalkan di luar kawasan sekolah bagi mengelakkan pelajar berulang alik mengambil barang dan tidak bawa barangan terlarang.
5. Pastikan pelajar mendaftar di lokasi yang telah ditetapkan seperti berikut. :

Ting 5 ( 2020 ):
di garaj kereta belakang kantin sekolah.
Ting 5 ( 2021 ):
di garaj kereta belakang kantin sekolah.
Ting 4 :
di perkarangan masjid Ar Rahman
Ting 6:
di medan putra Asrama.

6. Pastikan sop di patuhi.
7. Membuat apa- apa bayaran jika ada.
8. Pastikan borang maklumat diri dibawa dan diserahkan.

Sekian, terima kasih.

PLAN (A) LALUAN PENDAFTARAN PLAN A
PLAN (B) LALUAN PENDAFTARAN PLAN B JIKA HUJAN

SOP PENDAFTARAN ASRAMA BAGI PELAJAR TINGKATAN 1

 ARAHAN DAN SOP PENDAFTARAN ASRAMA BAGI PELAJAR TING 1/ 2021.

Tarikh: 19.1.2021
Masa: 9.00, pagi - 11. 30 pagi.

1. Ibubapa hanya dibenarkan menurunkan pelajar di luar kawasan sek.
2. Hanya seorang peneman sahaja dibenarkan masuk bersama pelajar.
3. Pastikan peneman dan pelajar memakai mask dan mengambil suhu.
4. Pastikan semua dokumen pendaftaran lengkap dan dibawa bersama.
5. Pastikan peneman menyediakan wang yang mencukupi utk membeli barangan keperluan asrama dan diri pelajar.
6. Pergerakan pelajar ke asrama adalah mengikut arahan yang telah ditetapkan.
7. Peneman tidak dibenarkan memasuki blok asrama.
8. Peneman hanya boleh menghantar barangan pelajar sehingga ke pondok pengawal asrama.
9. Pelajar akan diiringi oleh pelajar lama / MPK utk naik ke dorm masing- masing.

PELAN PERGERAKAN PENDAFTARAN ASRAMA (BARU) 

BORANG PENDAFTARAN PELAJAR BARU

 PERHATIAN UNTUK SEMUA PELAJAR

MOHON SUPAYA DOWNLOAD DAN PRINT BORANG TERSEBUT DAN LENGKAPKAN.
SILA BAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN NANTI BORANG PELAJAR BARU 

Monday, January 11, 2021

BORANG PENDAFTARAN PELAJAR LAMA

PERHATIAN UNTUK SEMUA PELAJAR
MOHON SUPAYA DOWNLOAD DAN PRINT BORANG TERSEBUT DAN LENGKAPKAN.
SILA BAWA SEMASA HARI PENDAFTARAN NANTI BORANG PELAJAR LAMA