Tahukah anda mengapa 16 Mei terlakar sebagai Hari Guru?
Tarikh keramat ini diambil bagi memperingati tarikh kuat kuasa Penyata Razak, yang menjadi Dasar Pendidikan Negara pertama yang bercorak kebangsaan.
Pada pagi ini semua pelajar dan guru berkumpul di dewan terbuka bagi mendengar Perutusan Hari Guru 2012 daripada Yang Berbahagia, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Tuan Pengetua, Pn Hjh Khatimas bt Mohamood.
Majlis ditangguhkan dengan bacaan gurindam hari guru oleh pengacara majlis, Pn Suraya Bt Mohamad.
Alif Ba Ta USTAZAH yang ajar,
Jahilnya kami, ilmu sentiasa dikejar.
Siang mengajar, menanda buku di malam hari,
Itulah CIKGU, hatinya ikhlas memberi.
Jenuh CIKGU FIZIK ajar bab daya,
Lebih sukar membentuk akhlak manusia.
CIKGU KIMIA berceloteh pasal garam,
sabar berdepan muridnya yang banyak ragam.
TEACHER BIO mengajar dengan tulang plastik,
asuh muridnya supaya berperibadi baik.
Hukum-hakam puas USTAZ terangkan,
Denda diberi buat pengajaran.
LK dan TK mata pelajaran teknikal,
Gelaran CIKGU terpahat sentiasa.
Sejarah, Geografi dan KHB difaham mesti,
Jasa cikgu-cikgu abadi dalam memori.
Baik Lughatul Arabiah, English mahupun Bahasa Melayu,
TERIMA KASIH, THANK YOU, JAZAKUMULLAH HUKHAIRAN KATHIRA buat SEMUA CIKGU
Selamat menyambut Hari Guru
2012
"Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat".
al-Mujadalah : 11
No comments:
Post a Comment