Wednesday, December 4, 2013

Takwim Khas Cuti Akhir Tahun Persekolahan 2013

Berikut adalah sebahagian daripada takwim khas berkenaan untuk perhatian semua guru dan staf sokongan SMK Dato' Perdana.



TARIKH
PERKARA
TINDAKAN
09 Dis  13
Mesyuarat eksekutif 1/2014
Pn Nik Hanizah
10 Dis 13
Mesyuarat Majlis Perancang Sekolah 1 / 2014
Pn Mini Suhaini
11 Dis 13
Mesyuarat Majlis Akademik 1 / 2014
Pn Suzaina
17 Dis 14
Mesyuarat HEM 1/2014
Pn Nooraihan
15 Dis 13
Mesyuarat Majlis Ko Kurikulum 1 / 2014
SU Majlis KO

Mesyuarat Majlis Warden 1 / 2014
En Shahril
29 Dis 13
·         Mesyuarat guru  1  /2014
·         Semua panatia menyerahkan rancangan tahunan subjek masing-masing kepada guru subjek
Pn Alimah
Ketua panatia dan guru subjek
30 Dis 13
Pendaftaran pelajar Tingkatan 2,3, dan 6 atas
PKH / JK Pendaftaran / guru tingkatan
31 Dis 13
Pendaftaran pelajar tingkatan 1
PKH / JK Pendaftaran / guru tingkatan
01 Jan 14
Pendaftaran pelajar tingkatan 4
PKH / JK Pendaftaran / guru tingkatan

Sesi Persekolahan 2014 bermula.


Hebahan keputusan PMR (Jangkaan) akan diumumkan pada 26 Dis 2013 atau mengikut tarikh yang akan diumumkan oleh KPM.

Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar.

Wednesday, November 13, 2013

Selamat Menduduki SPM dan STPM 2013

Selamat menduduki peperiksaan kami ucapkan kepada semua calon SPM dan STPM 2013.  Hadapilah dengan tenang dan yakin.  Kami yakin anda semua mampu lakukan yang terbaik.  Buktikan usaha gigih anda selama ini akan membuahkan hasil yang cemerlang nanti.
Jawablah soalan dengan sabar dan tenang, fahami betul-betul kehendak soalan.
Kami warga SMKDP berbangga dengan komitmen anda semua.  Berilah yang terbaik.  Buktikan kepada diri anda, ibubapa anda bahawa anda mampu melakukannya.
Insya Allah, kejayaan bersama anda semua.

Sunday, October 27, 2013

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Kali Ke 4, 2013

Kursus berkenaan telah diadakan di Dewan Wawasan D'Perdana, SMK Dato' Perdana pada 26hb Oktober 2013.  Pengisian kursus kali ini adalah "Kajian Tindakan dan Program Sarana Sekolah".
Objektif kursus kali ini adalah:
Meningkatkan budaya R & D dalam kalangan guru.
Meningkatkan kepuasan kerja di kalangan guru.
Mewujudkan mekanisme atau strategi yang berkesan terutama yang berkaitan dengan PdP dan bidang tugas guru-guru.
Menghasilkan sekurang-kurangnya 10 proposal kajian tindakan dalam tahun 2013.
Pengisian kursus kali ini adalah:



08.00 pagi
:
Pendaftaran Peserta
08.30 pagi
:
Bacaan Doa
Aluan Pengetua
Slot 1 : Kepentingan Kajian Tindakan
10.00 pagi
:
Persegaran
10.30 pagi
:
Slot 2 : Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Kajian Tindakan
12.30 t/hari
:
Makan Tengah hari / Solat
02:00 petang
:
Slot 3 : Program Sarana Sekolah
05:00 petang
:
Bersurai
 

Setiap peserta dikehendaki menyediakan satu proposal kajian tindakan mengikut tugas utama mereka.



Thursday, July 18, 2013

Lawatan Muhibbah Daripada SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik

Satu rombongan dari SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik, Perak telah membuat lawatan ke SMK Dato' Perdana pada ahad, 7hb Julai 2013.  Rombongan seramai 30 orang ini diketuai oleh Pn Rohani Bt Mohamad, PK Pentadbiran sekolah berkenaan.  Rombongan ini terdiri daripada 15 orang pelajar dan 15 orang guru.  Turut serta dalam rombongan ini adalah En Shariffuddin B Abdullah (PK HEM) dan Pn Suriani Bt Ibrahim (PK Kokurikulum).
SMK Dato' Perdana, dketuai oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood (Pengetua) mengalu-alukan kehadiran mereka kerana menjadikan sekolah ini sebagai salah satu destinasi kunjungan dalam program lawatan penanda aras mereka.
Selepas mendengar taklimat daripada pengetua sekolah, para tetamu telah dibawa untuk meninjau persekitaran sekolah serta bilik-bilik khas yang ada di sekolah ini. Lawatan berkahir dengan majlis jamuan dan penyampaian tanda kenangan.
Rombongan yang tiba pada jam 10.00 pagi ini telah beredar meninggalkan perkarangan sekolah pada jam 1.00 tengahari.

Wednesday, July 10, 2013

Majlis Apresiasi Bulanan Julai Siri 2

Majlis ini telah diadakan di Dataran Terbuka, SMK Dato' Perdana.  Dalam majlis ini, Sijil dan Medal telah disampaikan kepada pelajar-pelajar:
  • Sijil - PPIM
  • Sijil - Pasukan Nasyid
  • Hadiah kepada Kelas dan Bilik Khas Ceria.
Terdahulu, satu ceramah  Ambang Ramadhan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan telah di berikan oleh Ustaz Adnan Bin Ishak.

Seramai 31 orang ahli Pergerakan Puteri Islam sekolah  (PPIM) telah mewkili sekolah dalam Kem Pemantapan Jatidiri Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan di SMKA Tok Bachok dari 4 hingga 5 Julai 2013.

PPIM sekolah telah mengharumkan nama sekolah setelah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori Perempuan dan diisytiharkan sebagai Khemah Terbaik Kategori Perempuan.  Tahniah kepada PPIM dan guru-guru penasihatnya.

Seramai lima orang pelajar yang menganggotai pasukan nasyid sekolah telah mengadakan persembahan dalam majlis Aprisiasi Puisi Ramadhan pada malam 6 Julai di Dewan Utama, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur.  Majlis ini adalah anjuran DBP dengan kerjasama Gabungan Penulis Muda Kelantan.

Majlis Apresiasi Bulanan Julai Siri 1

Majlis ini telah diadakan pada 3hb Julai 2013 di Dewan Terbuka, SMK Dato' Perdana.  Dalam majlis ini beberapa penyampaian Sijil dan Medal telah dibuat sebagai menghargai sumbangan para pelajar dalam bidang masing-masing.
Sebelum itu, diadakan juga majlis Pelancaran Hari Koperasi 2013.  Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.  Tema tahun ini adalah Koperasi Bersatu Demi Perekitaran Sejagat
Dalam ucapan perasmian, antara lain beliau menyeru supaya seluruh warga sekolah, khususnya pelajar-pelajar supaya memberi sokongan padu bagi memajukan lagi koperasi sekolah.
Penolong Kanan Kokurikulum telah menyampaikan hadiah kepada pemenang berikut:
  • Kejohanan Rumah Sukan
  • Senamrobik
  • JPAM
  • PPIM
  • KRS
Manakala Penolong Kanan Pentadbiran telah menyampaikan hadiah kepda :
  • Pelajar Terbaik Matematik Tingkatan 5, 4, dan 3
  • Angerah Pelajar Cemerlang Tingkatan 3, 4, dan 5

Tuan Pengetua telah menyampaikan anugerah :
  • Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat Sekolah.
  • Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat JPN.

 ... Bersambung

Tuesday, June 25, 2013

Majlis Perasmian Bulan Sains Sosial

Majlis Perasmian Bulan Sains Sosial telah disemprnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua sekolah pada 17 Jun 2013 di Dewan Terbuka SMK Dato' Perdana.  Majlis yang diadakan semasa perhimpunan mingguan ini diserikan dengan beberapa persembahan oleh para pelajar sekolah.



Objektif:
  • Memperkasakan bidang sains social ke arah bidang yang aktif dan berkesan.
  • Menggalakkan pelajr mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang yang diminati
  • Meningkatkan kerjasama dalam kerja berpasukan kea rah kecemerlangan


Aturcara majlis:

7:40
Nyanyian lagu Negaraku
7:45
Majlis perasmian dimulakan
Doa
Ucapan alu-aluan
(Pn Noriah Bt Daud – GKSS)
Ucapan Perasmian
(Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood –Pengetua)
Gimik Perasmian
Persembahan
Penyampaian hadiah
Majlis bersurai
  


Aktiviti Sepanjang Bulan Sambutan
Aktiviti
Tarikh
Tindakan
Majlis Perasmian
17 Jun
S / U / PSU
Pertandingan Azan Dan Iqamah
12 – 13 Jun (3 ptg)
En Nor Apini
Pertandingan Ayat Lazim
16 – 17 Jun (3 ptg)
Pn S Haniza
Pn Fatiah
Pertandingan Buku Skrap
16 – 21 Jun
Pn Lim Sin Phey
Pn Kee
Pertandingan Sajak / Puisi
23 – 27 Jun (3 ptg)
Pn Azimah
Pn Maznah Nawi
Pn Rosmawati
Gotong Royong Melukis Mural
25 – 29 Jun (3 ptg)
En Kamarudin
En Fauzi
Bijak Peta
24 Jun (3 ptg)
Pn Maznah Muhamad
Pemeriksaan Kesihatan
26 Jun (3 ptg)
Pn Rohayu
Pn Noryani
Gotong Royong Bersih Kubur
26 Jun (7 pg)
Pn Zuliana
Pn Maznah Muhamad
Kuiz Sejarah
17 Jun (3 ptg)
En Ajmin


Friday, May 17, 2013

Hari Guru 2013

Dengan tema 1 Aspirasi 1 Agenda, perayaan hari guru pada tahun ini walaupun disambut secara sederhana, namun terpancar kemeriahannya.  Seperti tahun-tahun sebelumnya, apabila menjelang 16hb Mei, seluruh warga sekolah mengadakan sambutan Hari Guru.

GURU
Dalam ajarnya ada HARAPAN
Dalam tegurnya ada DOA
Dalam marahnya ada SAYANG
Dalam diamnya ada BIJAKSANA
BERBAHAGIAlah  MENJADI guru.
'Selamat Hari Guru'

Berikut adalah aturcara majlis sambutan:

7.40 pg
Perarakan guru dah dif jemputan ke dewan
8.00 pg
Majlis perasmian dimulakan:

  • Doa
  • Ucapan aluan
Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood
[Pengetua]
  • Bacaan perutusan Hari Guru
  • Ucapan perasmian
YBhg. Dato’ Hj Zulkifli B Ab Rahman
[YDP PIBG]
  • Gimik Perasmian
  • Persembahan Khas Pelajar
  • Acara simbolik penyampaian kad ucapan Hari Guru
  • Nyanyian lagu GURU MALAYSIA
  • Ikrar guru
  • Penganugerahan tokoh guru
  • Penyampaian cenderahati
  • Rehat
10.30 pg
Sukaneka
11.30 pg
  • Acara pentas
  • Penyampaian hadiah
2.00 ptg
Majlis bersurai.


Bila dah mula menjadi guru, anda digelar cikgu, bila dah mati pun, masih dipanggil cikgu.  Itulah hebatnya guru.  Jadi jagalah nama itu apabila anda bergelar guru.

Sunday, May 5, 2013

Majlis Konsultasi Tiga Penjuru PMR dan SPM 2013



Program ini telah dijalankan pada hari Khamis, 2hb. Mei 2013 bersama ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar terlibat.  Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan aluan oleh pengetua ini telah diadakan di Dewan Sri Perdana, SMK Dato’ Perdana. 

Rasional Program ini diadakan:
Kerjasama tiga penjuru antara ibu bapa, guru dan pelajar harus digembeling dan diperkasa seawal mungkin dalam semua aspek untuk menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan PMR 2013.

Matlamat Program
Pelaksanaan program ini diharapkan akan dapat merealisasikan target kecemerlangan sekolah iaitu: 128 orang calon PMR 2013 memperolehi semua A (83.12%) dan 25 orang calon SPM 2013 memperolehi semua A (GPS 2.40).

Objektif Program adalah :

  • Meningkatkan motivasi diri dan kesedaran agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai peningkatan bilangan A setiap pelajar dalam PMR dan SPM.
  • Melaksanakan penggunaan masa pembelajaran secara optimum, terancang, sistematik serta berkesan.
  • Memperkasakan kerjasama antara ibu bapa, guru dan pelajar dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.


Dalam ucapan aluannya, Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMK Dato’ Perdana melahirkan rasa sukacitanya dan berterima kasih kepada semua ibu bapa pelajar yang sangup hadir kemajlis ini yang secara tidak langsung telah menunjukkan tahap kepedulian mereka mengenai perkembangan pelajaran anak-anak mereka.
Majlis ini diteruskan dengan slot konsultasi murni di kelas masing-masing di mana guru kelas telah memnyediakan analisis prestasi setiap individu dan dibentangkan kepada individu serta ibu bapa masing-masing.  Selesai konsultasi dengan guru kelas, ibu bapa bersama anak mereka beredar untuk konsultasi bersama guru subjek.  Bagi calon PMR, majlis diadakan di kantin sekolah manakal untuk calon SPOM, diadakan didewan Sri Perdana.

Majlis konsultasi yang bermula jam 11.30 ini telah selesai pada jam 2.15 petang.

Semoga majlis ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi dan pencapaian pelajar nanti.

Mesyuarat Agung PIBG 2013



Setelah dua kali tertangguh, akhirnya Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato’ Perdana tahun 2013 telah diadakan pada hari Khamis, 25hb April 2013.  Mesyuarat yang diadakan di Dewan Sri Perdana ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Dr Awang Adek B Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Tuesday, April 2, 2013

Keputusan SPM 2012

Tahniah kepada semua calon SPM yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam SPM 2012 lepas.  Secara keseluruhan, SMK Dato Perdana berada di tangga kedua dalam PPD Bachok, di belakang SMKA Tok Bachok dan di tangga ke 13 peringkat JPN Kelantan.
Berikut adalah analisa calon yang memperolehi A:
10A - 1 orang
9A  - 7 orang
8A  - 3 orang
7A  - 5 orang
6A  - 6 orang
5A  - 23 orang
4A  - 20 orang
3A  - 18 orang
2A  - 11 orang
1A  - 5 orang

Tahniah kepada semua guru di atas segala usaha gigih anda.

Monday, April 1, 2013

Minggu Anti Dadah 2013

Satu majlis pelancaran Minggu Anti Dadah 2013 peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Sri Perdana, SMK Dato' Perdana pagi ini.  Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMK Dato Perdana. 
Terdahulu En Rosli B Idris, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato Perdana membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran.  Tema sambutan tahun ini adalah 1 Malaysia Membanteras Dadah.  Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah dan Panatia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK Dato Perdana.  Program ini juga melibatkan agensi luar seperti AADK Daerah Bachok, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (Daerah Bachok) melalui ceramah dan pameran.

Objektif program adalah untuk:
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menolak pengaruh negatif rakan sebaya
  • Meningkatkan assertif kendiri serta kemahiran interpersonal pelajar mengatakan tidak kepada dadah dan
  • Membina ketahanan diri pelajar agar menjauhi dadah.

Tentatif Program:


Tarikh
Aktiviti
Sasaran
Tempat
AJK
01 April
Pelancaran Minggu Anti Dadah dan Lima Minit Anti Dadah
Semua pelajar
Dewan Terbuka SMK Dato’ Perdana
En Che Zaidi
02 April
Ceramah Anti dadah / Rokok daripada AADK
Kumpulan Sasaran
Dewan Terbuka SMK Dato’ Perdana
Kaunselor
02 – 03  April
Pertandingan Kuiz
Terbuka
Tapak Pameran
Kaunselor
03 April
Ceramah Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
Kumpulan Sasaran
Dewan Terbuka SMK Dato’ Perdana
Pn Zuliana
Sepanjang minggu
Pertandingan Menulis Esei B. Melayu
Semua pelajar
Kelas
En Muhammad Arif
Guru B Melayu
Sepanjang minggu
Pertandingan Menulis esei B Inggeris
Semua pelajar
Kelas
En Azharith
Guru B Inggeris
Sepanjang minggu
Pertandingan Melukis Kanvas
Tingkatan 4 – 5
Bilik PSV
En Che Kamarudin
Pn Zuliana
Sepanjang minggu
Pertandingan Buku Skrap
Terbuka (berkumpulan)
Terbuka (berkumpulan)
Pn Azimah
Pn Fatiah
Pn Zuliana
Sepanjang minggu
Pertandingan Fotografi
Terbuka
Kawasan sekolah
Kelab Fotografi
Sepanjang minggu
Pertandingan Melukis Poster
Tingkatan 1-3
Bilik PSV
En Che Kamarudin
Pn Zuliana
Sepanjang minggu
Pertandingan PowerPoint
Terbuka

Kelab Komputer