Sunday, May 5, 2013

Majlis Konsultasi Tiga Penjuru PMR dan SPM 2013



Program ini telah dijalankan pada hari Khamis, 2hb. Mei 2013 bersama ibu bapa / penjaga pelajar-pelajar terlibat.  Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan ucapan aluan oleh pengetua ini telah diadakan di Dewan Sri Perdana, SMK Dato’ Perdana. 

Rasional Program ini diadakan:
Kerjasama tiga penjuru antara ibu bapa, guru dan pelajar harus digembeling dan diperkasa seawal mungkin dalam semua aspek untuk menghasilkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan PMR 2013.

Matlamat Program
Pelaksanaan program ini diharapkan akan dapat merealisasikan target kecemerlangan sekolah iaitu: 128 orang calon PMR 2013 memperolehi semua A (83.12%) dan 25 orang calon SPM 2013 memperolehi semua A (GPS 2.40).

Objektif Program adalah :

  • Meningkatkan motivasi diri dan kesedaran agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai peningkatan bilangan A setiap pelajar dalam PMR dan SPM.
  • Melaksanakan penggunaan masa pembelajaran secara optimum, terancang, sistematik serta berkesan.
  • Memperkasakan kerjasama antara ibu bapa, guru dan pelajar dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.


Dalam ucapan aluannya, Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMK Dato’ Perdana melahirkan rasa sukacitanya dan berterima kasih kepada semua ibu bapa pelajar yang sangup hadir kemajlis ini yang secara tidak langsung telah menunjukkan tahap kepedulian mereka mengenai perkembangan pelajaran anak-anak mereka.
Majlis ini diteruskan dengan slot konsultasi murni di kelas masing-masing di mana guru kelas telah memnyediakan analisis prestasi setiap individu dan dibentangkan kepada individu serta ibu bapa masing-masing.  Selesai konsultasi dengan guru kelas, ibu bapa bersama anak mereka beredar untuk konsultasi bersama guru subjek.  Bagi calon PMR, majlis diadakan di kantin sekolah manakal untuk calon SPOM, diadakan didewan Sri Perdana.

Majlis konsultasi yang bermula jam 11.30 ini telah selesai pada jam 2.15 petang.

Semoga majlis ini menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi dan pencapaian pelajar nanti.

No comments:

Post a Comment