Setelah 33 tahun menabur bakti mendidik anak bangsa, akhirnya Pn Hjh Rogayah Bt Daud telah meninggalkan dunia pendidikan (bersara) pada 16 Feb 2013. Bermula dengan seorang bergelar guru pada 1hb Jan 1980 dan kini bersara dari profesion perguruan, namun gelaran cikgu terus dibawa bersama. Itulah istimewanya seorang guru, sebagaimana puisi Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang yang antara bait-baitnya berbunyi:
Satu majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan di Dewan Sri Perdana pada 7hb Feb 2013 di mana seluruh warga sekolah telah berkumpul untuk meraikan majlis berkenaan. Persaraan beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia pendidikan, khususnya dalam bidang ERT.
Kepada beliau, pihak sekolah mengucapkan selamat bersara semoga budi dan jasa yang ditaburkan selama ini akan terus berkembang-biak menjadi sebahagian daripada amal soleh beliau.
...................
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Satu majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan di Dewan Sri Perdana pada 7hb Feb 2013 di mana seluruh warga sekolah telah berkumpul untuk meraikan majlis berkenaan. Persaraan beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia pendidikan, khususnya dalam bidang ERT.
Kepada beliau, pihak sekolah mengucapkan selamat bersara semoga budi dan jasa yang ditaburkan selama ini akan terus berkembang-biak menjadi sebahagian daripada amal soleh beliau.
No comments:
Post a Comment