Satu bengkel Jawi pelajar PMR 2013 telah berjaya di adakan pada 8 Mac 2013 yang lalu. Bengkel khusus untuk calon-calon PMR 2013 ini telah diadakan di Dewan Peperiksaan SMK Dato' Perdana. Bengkel anjuran Panitia Pendidikan Islam ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar engenai kaedah JAWI DBP. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penguasaan kaedah penulisan / ejaan Jawi DBP. Pihak panitia amat berharap semua pelajar terlibat akan dapat memantapkan lagi tahap penguasaan mereka dalam tulisan Jawi akan membantu melonjakkan kecemerlangan pelajar dalam akademik, khususnya pencapaian mereka dalam PMR 2013 kelak.
Sunday, March 17, 2013
Tuesday, March 12, 2013
PENGUMUMAN PENTING !!!
Pihak Jawatankuasa ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PBIG SMK Dato' Perdana Kali Ke 11, 2013 yang dijadualkan pada hari khamis, 14hb Mac 2013 telah ditunda kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sekian. Terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Monday, March 11, 2013
Kem Kepimpinan Pengawas 2013
Satu Kem Kepimpinan Pengawas telah berjaya dilaksanakan pada 21 - 23 Feb 2013 lepas. Kem Kepimpinan yang dijayakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan ini telah diadakan di Redzuan Chalet, Melawi, Bachok. Seramai 75 orang pelajar bakal pengawas 2013 telah mengikuti program ini.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.
Mesyuarart Agung PIBG Kali Ke 11 / 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato' Perdana Kali Ke 11, 2013 akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 14 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Perdana, SMK Dato' Perdana
Perasmian : YB Dato' Dr Awang Adek B Hj Hussin (Timbalan Menteri Kewangan Malaysia).
Sehubungan dengan itu, semua ibu / Bapa / Penjaga kepada pelajar sekolah ini dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini.
Tarikh : 14 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Seri Perdana, SMK Dato' Perdana
Perasmian : YB Dato' Dr Awang Adek B Hj Hussin (Timbalan Menteri Kewangan Malaysia).
Sehubungan dengan itu, semua ibu / Bapa / Penjaga kepada pelajar sekolah ini dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini.
Thursday, March 7, 2013
Kejohanan Merentas Desa 2013
Satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah 2013 telah diadakan pada hari Selasa, 5hb Mac 2013 yang lalu. Program yang bermula pada jam 3.00 petang itu dibahagikan kepada 6 kategori iaitu:
- Kategori 13 P
- Kategori 15 P
- Kategori 18 P
- Kategori 13 L
- Kategori 15 L dan
- Kategori 18 L
Pelancaran Bulan Sains dan Matematik 2013
Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik 2013 peringkat sekolah telah diadakan pada 6hb Mac 2013 di Dewan Sri Perdana. Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.
Objektif sambutan Bulan Sains dan Matematik ini adalah:
Jadual Pelaksanaan
Objektif sambutan Bulan Sains dan Matematik ini adalah:
- Untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
- Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
- Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
- Untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matemati dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.
Jadual Pelaksanaan
Aktiviti
|
Tarikh Perlaksanaan
|
Pertandingan buku Skrap
|
4-20 Mac
|
Bijak Sifir (Khas Untuk Tingkatan 1
|
6 Mac
|
Kuiz Matematik (Menengah Atas)
|
6 & 7 Mac
|
PERMAINAN Matematik (Menengah Bawah)
|
5 M
|
Pameran Dan Kuiz
|
10 - 14 Mac
|
Pertandingan Teka Silang Kata Biologi
|
17 & 19 Mac
|
Friday, March 1, 2013
LDP siri 1 2013
Satu kursus dalam perkhidmatan akan diadakan pada hari sabtu, 2hb Mac 2013. Semua guru dikehendaki hadir ke sekolah untuk mengikuti kursus yang bermula jam 8.00 pagi ini. Ini merupakan sebahagian daripada keperluan kursus profesionalisme guru setiap tahun.
Majlis Penyampain Watikah Perlantikan Pengawas
Satu majlis penyampaian wattikah perlantikan pengawas sekolah telah diadakan di Dewan Sri Perdana, pada 27hb Februari 2013. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ab Aziz B Abdullah, Ketua Sektor Akademik, JPN Kelantan. Seramai 75 orang pengawas sekolah telah dilantik pada majlis ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)