Satu bengkel Jawi pelajar PMR 2013 telah berjaya di adakan pada 8 Mac 2013 yang lalu. Bengkel khusus untuk calon-calon PMR 2013 ini telah diadakan di Dewan Peperiksaan SMK Dato' Perdana. Bengkel anjuran Panitia Pendidikan Islam ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar engenai kaedah JAWI DBP. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penguasaan kaedah penulisan / ejaan Jawi DBP. Pihak panitia amat berharap semua pelajar terlibat akan dapat memantapkan lagi tahap penguasaan mereka dalam tulisan Jawi akan membantu melonjakkan kecemerlangan pelajar dalam akademik, khususnya pencapaian mereka dalam PMR 2013 kelak.
No comments:
Post a Comment