Satu majlis penyerahan Masjid Ar-Rahman telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Makhtar bin Mustapha, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Negeri Kelantan, pada 12 Februari 2014 (12 Rabiul Akhir 1435H).
Latar Belakang
Masjid Ar-Rahman merupakan entiti ilmuan yang seusia dengan sekolah. Masjid yang berkapasiti 500 ini mula digunakan sejak tahun 2002 lagi bagi menampung pelajar SMK Dato' Perdana pada waktu itu.
Peredaran masa telah menyaksikan peningkatan jumlah pelajar dari setahun ke setahun. Peningkatan ini telah menghadkan keupayaan masjid. Satu penambahbaikan perlu dilakukan supaya masjid mampu menampung pertambahan jumlah pelajar ini.
Sehubungan dengan itu, kerajaan persekutuan melalui JPP telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi projek pembesaran masjid Ar-Rahman. Dengan berlangsungnya majlis ini, secara rasminya, dapatlah warga SMKD Perdana menggunakan masjid dengan lebih selesa.
Pengetua dan seluruh warga sekolah mengucapkan terima kasih kepada JPP di atas peruntukan ini. Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.
No comments:
Post a Comment