Satu majlis taklimat dan berbuka puasa bersama Pengarah, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), YBrs Dr Naimah Binti Ishak telah diadakan di SMK Dato' Perdana pada hari Ahad, 13 Julai 2014 (15 Ramadhan 1435).
Pada jam 3.15 petang, Dr Naimah bersama 3 orang pegawai dari LPM telah bersama-sama dengan para guru SMK Dato' Perdana dalam satu majlis Taklimat mengenai pelaksanaan PT3. Majlis dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Nik Abdul Syukur.
En Rusli Idris, PK Pentadbiran, telah menyampaikan ucapan aluan pihak pengetua yang sedang bercuti diluar negara.
Majlis taklimat yang berlangsung di Bilik Wawasan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
Walaupun masa pertemuan adalah singkat, namun banyak kekeliruan mengenai pelaksanaan PT3 telah mendapat pencerahan dari LPM secara terus.
Menjelang maghrib, majlis berbuka puasa telah selamat diadakan di Dewan Makan Asrama, SMK Dato' Perdana. Selain tetamu dari LPM, turut hadir dalam majlis berbuka ini adalah pegawai-pegawai dari JPN dan PPD Bachok. Turut hadir ialah NYDP PIBG SMK Dato' Perdana.
Terdahulu, sementara menunggu waktu berbuka puasa, YBrs Pengarah LPM telah menyampaikan anugerah cemerlang PKBS2 kepada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, dan 5.
Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rombongan YBrs Pengarah LPM, pegawai-pegawai JPN, PPD serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

- Taklimat pelaksanaan PT3
- Majlis soal jawab

No comments:
Post a Comment