Thursday, February 5, 2015

Majlis Perasmian Sesi Persekolahan 2015

Pada hari isnin, 26 Januari 2015, telah berlangsung Majlis Perasmian Sesi persekolahan 2015.  Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Drs Amran Bin Hj Mustapha, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bachok diadakan di Medan D'Perdana.
 
Berikut adalah susun atur majlis:

0730
Pelajar dan guru berkumpul di Medan D’Perdana
Ketibaan YBrs Drs Amran bin Hj Mustapha
(Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bachok)
0740
Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Selamat Sultan
Nyanyian lagu Sekolah

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan
Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood,
Pengetua SMK Dato’ Perdana

Ucapan Perasmian
YBrs Drs Amran Bin Hj Mustapha
Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Bachok

Gimik Perasmian

Penyampaian cenderahati

Ikrar Pelajar

Majlis bersurai


Sajak Kembali Ke Sekolah, hasil karya M. Arif telah dideklamasikan oleh 
Saudara Amirul B Mohd Zain.

selamat kembali ke sekolah
demikian ucap kalbuku dan kalbu mu
bergelar pelajar smk dato’ perdana
tatkala melewati gapura tahun baru –
tahun kita bertambah maju

meja dan kerusi kita sudah menunggu
di kamar ilmu.  pena dan buku juga
sedia melepaskan rindu pada mesra
jari-jemari kita – kita pelajar bersusila;
miliki pekerti mulia.  kita pelajar berkarisma; miliki citra hidup yang bersinar-sinar.

guru-guru siap siaga menanti
merapi pekerti dan menyaji
pemikiran aras tinggi sambil kita nikmati
lazat juadah dari resipi kegemilangan
pada hari ini.

selamat kembali ke sekolah
biarlah kalbu kita berbisik kepada jiwa
biarlah jiwa kita berbisik kepada rasa
biarlah rasa kita berbisik kepada semangat
biarlah semangat kita berbisik kepada tekad
biarlah tekad mengajak kita beriringan
sambil menyandang wawasan watan
sambil menggalas impian terbilang

selamat kembali ke sekolah
di sini ada jalan menuju ke hari muka
di sini ada jalan menuju ke syurga.





Majlis telah ditangguhkan pada jam 8.15 pagi.  Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SMKDP kerana menjayakan program ini.  

No comments:

Post a Comment