Wednesday, August 5, 2015

JasaMu DiKenang, BudiMu DiSanjung



Bertempat di Dewan Terbuka, SMKDP satu majlis sempena persaraan Pn Hjh Khatimas telah diadakan pada hari Selasa, 4 Ogos 2015.  Majlis Jasamu DiKenang, Budimu DiSanjung  diadakan dalam suasana penuh harmoni oleh seluruh warga SMKDP.  Turut hadir dalam majlis ini adalah Tn Hj Che Adenan B Hj Ghani, NYDP mewakili PIBG SMKDP.

Setelah lebih kurang 4 tahun mengemudi SMKDP,  akhirnya tiba jua saat  yang tidak dapat ditolak lagi apabila usia mencecah 60 tahun, peraturan sedia ada perlu dipatuhi.  Arahan yang termaktub menyatakan apabila genap usia 60 tahun, seseorang penjawat awam perlu bersara dari jawatannya.  Hari ini menyaksikan Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMKDP  telah mencapai hari terakhir sebagai penjawat awam di SMKDP.  Mulai 5 Ogos 2015, beliau tidak lagi dibelenggu dengan tanggungjawab sebagai nakhoda di SMKDP.


Berikut adalah aturcara hari berkenaan:

10:30
Guru dan Pelajar mengambil tempat
10:40
Ketibaan yang dirai
10:45
Majlis bermula

Bacaan Doa
(Ust Nor Apini B Deraman)
Ucapan Wakil Pelajar
(Mohd Shafiq )
Ucapan Wakil Guru
(Pn Hjh Zailani Bt Mamat, PK HEM)
Ucapan Wakil PIBG
(Tn Hj Che Adenan B Hj Ghani, NYDP PIBG)
Ucapan Yang Dirai
(Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengeua)

Gimik Majlis Persaraan
Persembahan Khas
(En Muhammad Arif B Man)
Penyerahan Antologi
Penyampaian Cenderahati
13:30
Bersurai
 


  
Berikut adalah seloka yang dipetik semasa ucapan oleh Pn Hjh Zailani:

 

Assalamualaikum kalam bermadah,
Berbicara tentang masa sudah,
Suasana hiba mendatang telah,
Memori bersama mudir semakin terserlah
Angka 60 menjelang tiba,
Tidak diundur biar seketika,
Sampai seru meletak pena,
Tiga dekad begitu lama.
Cahaya liput serata alam,
Anak didik membawa salam,
Ilmu disebar dengan kalam,
Kini menjadi sejarah silam.
Kenangan bersama mengusik rindu,
Kini menjadi medan pilu,
Biarpun tiada ratap sendu,
Hati di dalam Allah jua yang tahu.
Hidup ibarat putaran roda,
Putaran berlegar mengikut masa,
Hari ini kanda sahaja,
Lain ketika kami menyusul pula.
Maaf dipinta silap bicara,
Dalam masa gurau senda,
Hati terobek dek kaca,
Tutur bicara yang menikam sukma.
















more picture

No comments:

Post a Comment