Majlis pelancaran Hari Sukan Negara 2015 telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Faizul Bin Yusoff, Pegawai Penddikan Daerah Bachok pada hari Sabtu, 10hb Oktober 2015. Majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Sri Perdana ini bermula jam 7:40 pagi lagi.
Hari Sukan Negara merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang dan menjadi satu program wajib di peringkat kebangsaan. Ia bermula dengan perisytihran oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke 6 pada 24hb Mac 2015.
Objektif Hari Sukan Negara
- Memupuk semangat bersatu padu di kalangan guru dan pelajar
- Melahirkan warga SMK Dato’ Perdana yang cerdas dan cergas
- Menggalakkan amalan bersukan dan penjagaan kesihatan di
kalangan rakyat, khususnya pelajar
- Mengeratkan ikatan silaturrahim sesama warga sekolah
Berikut adalah aturcara program:
7.40 pagi
|
Pelajar dan guru berkumpul di Medan Perhimpunan
|
7.50 pagi
|
Bacaan surah Yasin
|
8.15 pagi
|
Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Bachok
YBrs Tn Hj Mohd Faizul bin Yusoff
Serta rombongan PPD
|
8.30 pagi
|
Majlis dimulakan
|
Nyanyian lagu-lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Wawasan D’Perdana
Bacaan Doa
(Ust NorApini)
Ucapan Aluan Pengetua
Tn Hj Sulaiman Bin Daud
Ucapan Perasmian
YBrs Tn Hj Mohd Faizul bin Yusoff
(Pegawai Pendidikan Daerah Bachok)
Gimik Perasmian
Senamrobik
Persegaran
|
|
10.00 pagi
|
Acara Sukan
Memanah (PPD lawan Guru)
Bola Tampar (Guru lawan Pelajar)
Bola Jaring (Guru lawan Pelajar)
Indoor Games:
Sahibba
Catur
|
11.30
|
Proses PdP berjalan seperti biasa
|
Bersama Pelajar Target semua A dalam SPM 2015 |
more
No comments:
Post a Comment