Pada hari Rabu, 8hb Ogos 2012, satu majlis agihan wang zakat telah diadakan di dewan terbuka sekolah. Seramai 44 orang pelajar yatim dan miskin telah menerima sumbangan wang zakat daripada Syaraikat Takaful Ikhlas. En Mohd Zaki B Ismail, mewakili Takaful Ikhlas telah menyampaikan wang zakat berkenaan kepada penerima-penerima yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.
Turut hadir dalam majlis ini adalah pihak pentadbir sekolah dan jawatankuasa program penghayatan bulan Ramadhan 2012.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Takaful Ikhlas di atas sumbangan ini. Semoga sumbangan ini akan berterusan di tahun-tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment