Warga pendidik daerah Bachok, khususnya warga sekolah SMK Dato' Perdana telah berpeluang berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj Ab Razak pada hari Ahad, 5hb Ogos 2012. Majlis yang diadakan di padang SMK Dato' Perdana itu merupakan program pemimpin bersama rakyat. Semua warga sekolah telah turut bersama memeriahkan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh lebih kurang 20 000 orang tetamu dari pelbagai peringkat dari daerah Bachok.
No comments:
Post a Comment