Satu kursus kepimpinan dan perlantikan Majlis Pimpinan Kolej (MPK) 2013 telah berjaya diadakan di Ridhwan Chalet pada 18 - 20 Oktober 2013. Seramai 40 orang pelajar yang terpilih untuk menganggotai MPK 2013 telah mengikuti kursus ini. Kursus ini diadakan bagi mendedahkan para pelajar kepada pengalaman memimpin, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab, jujur serta amanah dengan tugas dan peranan yang diberi.
Objektif program ini adalah supaya selepas mengikuti program ini, para peserta akan dapat:
Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah, En Rusli Bin Idris.
Objektif program ini adalah supaya selepas mengikuti program ini, para peserta akan dapat:
- Timbul kesedaran, keinsafan dan keyakinan terhadap tugas dan tanggungjawab yang diserahkan.
- meningkatkan ketrampilan diri pelajar dengan imej sebagai pemimpin.
- Memberi kesedaran bahawa tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di kolej amat dihargai.
- Memberi kesedaran bahawa kecemerlangan hidup bermula sekarang dan disandarkan kepada disiplin diri yang tinggi.
- Memastikan prestasi akademik, sahsiah dan disiplin yang tinggi sepanjang masa.
Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah, En Rusli Bin Idris.
No comments:
Post a Comment