Satu rombongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik, Kedah telah tiba ke sekolah pada 27hb September 2012 dalam program penanda arasan ke Sekolah-Sekolah Pencapaian Akademik Terbaik. Rombongan seramai 40 orang ini terdiri daripada Guru-guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Matapelajaran dalam Daerah Baling Sik Kedah.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk membuat tinjauan serta melihat secara lebih dekat keistimewaan yang terdapat di sekolah ini dari segi pentadbiran dan pengurusan akademik serta memberi peluang kepada peserta rombongan untuk memperolehi maklumat secara terus dalam bidang berkaitan.
Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kunjungan ini dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan ini kerana telah menjadikan SMK Dato' Perdana sebagai salah satu daripada sekolah model dalam siri lawatan ini.
No comments:
Post a Comment