Tuesday, November 6, 2012

Pendaftaran Pelajar Bagi Tahun Persekolahan 2013

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga pelajar tingkatan 2, 3, 4, 5 dan 6 Atas 2013 SMK Dato' Perdana.  Berikut adalah jadual pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan 2013.


Pendaftaran Pelajar Bagi Tahun Persekolahan 2013

TINGKATAN
2013
PENDAFTARAN SEKOLAH DAN ASRAMA
TARIKH DAFTAR
MASA PENDAFTARAN
TEMPAT
2
29hb Disember 2012
( Sabtu )
9.00 pagi
Hingga
1.15 petang
Dewan Sri Perdana,
SMK Dato’ Perdana
3
5
6  Atas
4
1hb Jan 2013
Sepanjang waktu persekolahan

Sukacita dimaklumkan bahawa pakaian semasa pendaftaran adalah tertakluk kepada  peraturan sekolah, iaitu setiap pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.

Friday, November 2, 2012

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

Program ini telah diadakan pada hari Khamis, 1hb November 2012 di Dewan Terbuka, SMK Dato' Perdana. Program ini diadakan  bagi memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra para guru dan pelajar SMK Dato' Perdana dengan menguatkan rasa megah dan mencintai bahasa kebangsaan.

Objektif sambutan program ini adalah untuk:
  • Memupuk rasa mencintai dan megah terhadap bahasa kebangsaan
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan
  • Menyemmarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa

Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMK Dato' Perdana.  Terdahulu daripada itu, beliau telah membacakan Teks Perutusan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia.

Latar Belakang Bulan Bahasa
Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60an.  Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK), 1987 - 1996, Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS), 1996 - 2005, dan Minggu Sastera, 1987 - 1998, gerakan ini kemudiannya dinamakan  Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) pada tahun 1999.
Pelancaran BBSN pertama telah disempurnakan pelancarannya pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah B Hj Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.  Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamatnya pelaksanaannya, BBSN telah dikenali sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).

Program yang dimulakan pada jam 7.30 pagi ini diakhiri dengan persembahan oleh wakil pelajar dan guru pada jam 8.30 pagi.

Saturday, October 27, 2012

Kursus Kepimpinan dan Perlantikan MPK 2013

Satu kursus kepimpinan dan perlantikan Majlis Pimpinan Kolej (MPK) 2013 telah berjaya diadakan di Ridhwan Chalet pada 18 - 20 Oktober 2013.  Seramai 40 orang pelajar yang terpilih untuk menganggotai MPK 2013 telah mengikuti kursus ini.  Kursus ini diadakan bagi mendedahkan para pelajar kepada pengalaman memimpin, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab, jujur serta amanah dengan tugas dan peranan yang diberi.
Objektif program ini adalah supaya selepas mengikuti program ini, para peserta akan dapat:
  • Timbul kesedaran, keinsafan dan keyakinan terhadap tugas dan tanggungjawab yang diserahkan.
  • meningkatkan ketrampilan diri pelajar dengan imej sebagai pemimpin.
  • Memberi kesedaran bahawa tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di kolej amat dihargai.
  • Memberi kesedaran bahawa kecemerlangan hidup bermula sekarang dan disandarkan kepada disiplin diri yang tinggi.
  • Memastikan prestasi akademik, sahsiah dan disiplin yang tinggi sepanjang masa.
 Dengan adanya kursus-kursus seperti ini, diharapkan akan dapat memantapkan lagi kepimpinan para MPK yang dilantik.
Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah, En Rusli Bin Idris.















Kem Pecutan A SPM 2012

Seramai 99 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Dato' Perdana telah mengikuti satu program yang diadakan di Ridhwan Chalet, Pantai Melawi, Bachok pada 18 - 20 Oktober 2012 lepas.  Program ini merupakan satu daripada siri-siri program sekolah dalam usaha untuk mencapai kegemilangan pelajar-pelajar SPM tahun 2012.  Program yang dinamakan Kem Pecutan Kegemilangan Straight A's SPM ini bertujuan untuk merealisasikan target SPM 2012 iaitu mencapai NGP 2.40 dengan 25 calonnya mencapai Staright A's dan 50 % mencapai 5A ke atas.
Program ini juga bertujuan untuk menigkatkan motivasi diri calon-calon SPM 2012 supaya meneruskan usaha gigih mereka untuk mencapai A dalam setiap subjek yang didaftarkan. Selain daripada melatih pelajar supaya dapat menguruskan penggunaan masa yang optima dan berkesan, program ini juga diharapkan dapat meningkatkan lagi keyakinan pelajar supaya dapat menjawab soalan mengikut format yang betul.
Pengisian sepanjang program ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
  • Teknik menjawab
  • Kuliah Agama / Kerohanian
  • Benkel & LDK dan
  • Riadah
Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.

Monday, October 22, 2012

Lawatan Penanda Aras PPD Daerah Baling Sik

Satu rombongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik, Kedah telah tiba ke sekolah pada 27hb September 2012 dalam program penanda arasan ke Sekolah-Sekolah Pencapaian Akademik Terbaik.  Rombongan seramai 40 orang ini terdiri daripada Guru-guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Matapelajaran dalam Daerah Baling Sik Kedah.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk membuat tinjauan serta melihat secara lebih dekat keistimewaan yang terdapat di sekolah ini dari segi pentadbiran dan pengurusan akademik serta memberi peluang kepada peserta rombongan untuk memperolehi maklumat secara terus dalam bidang berkaitan.
Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kunjungan ini dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan ini kerana telah menjadikan SMK Dato' Perdana sebagai salah satu daripada sekolah model dalam siri lawatan ini.












Tuesday, October 9, 2012

Konsultasi Murni Tiga Penjuru SPM 2012

Program berkenaan telah diadakan dengan jayanya pada 4hb Oktober 2012 di Dewan Sri Perdana.  Objektif program ini ialah untuk:
  • Meningkatkan motivasi diri dan kesedaran untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk peningkatan bilangan "A''bagi setiap pelajar
  • Melaksanakan penggunaan masa pembelajaran secara optimum, terancang dan sistematik serta berkesan
  • Kerjasama antara ibu bapa, pelajar dan guru semakin diperkasakan untuk merealisasi target SPM 2012
  • Mendekatkan diri kepada Maha Pencipta dalam usaha terakhir sebelum menghadapi SPM 2012
Pihak sekolah telah merancang majlis ini untuk mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara pihak sekolah dan ibu bapa /penjaga dalam usaha untuk meraih kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan SPM 2012.  Pihak sekolah juga berharap melalui program ini, target kecermelangan SPM dengan 25% calonnya memperolehi Straight A's dengan NGP 2.40 pada tahun ini dapat dicapai.

Aturcara majlis dimulakan dengan  bacaan doa oleh Ustaz Nor Apini bermula jam 11:30 pagi diikuti ucapan aluan oleh YBrs Pn.Hjh Khatimas Binti Mohamood (Pengetua).

Pada jam 11:50 pagi En Rusli B. Idris (PK Pentadbiran) memberikan taklimat perjalanan konsultasi dan konsultasi bermula pada jam 12:30 tengahari.  Majlis berakhir pada 1:10 tengahari.
Kepada semua warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung juga ibu bapa penjaga, Jawatankuasa Pengelola mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjayakan program ini.













Thursday, September 13, 2012

Majlis Konsultasi Murni PMR 2012

Satu majlis konsultasi telah diadakan di Dewan Terbuka SMKD Perdana pagi ini khusus kepada 122 pelajar  yang akan menduduki PMR 2012 nanti.  Majlis hari ini dihadiri oleh ibubapa pelajar berkaitan.  Majlis yang sudah menjadi satu daripada program tahunan sekolah ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.
Objektif program ini adalah supaya pelajar-pelajar akan dapat:
  • Meningkatkan motivasi diri dan kesedaran untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kuantiti 'A' setiap pelajar.
  •  Melaksanakan penggunaan masa pembelajaran secara optimum, terancang dan sistematik serta berkesan.
  • Kerjasama antara ibubapa, pelajar dan guru semakin diperkasakan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Aturcara Majlis:

11.00 pg  - Pendaftaran ibubapa pelajar
11.30 pg  - Majlis dimulakan
  • Bacaan Doa (Ust Nor Apini)
  • Ucapan Aluan (En Rusli Idri - PKP)
  • Ucapan Perasmian (Pn Hjh Khatimas Mohamood - Pengetua)
12.00 tgh - Majlis Konsultasi Murni bermula bersama konsultan di lokasi
  1.00 tgh - Majlis Bersurai

Sunday, September 9, 2012

Majlis 3 + 1

Satu majlis sambutan Hari Raya telah diadakan di Dewan Terbuka sekolah pada hari Sabtu, 8hb September 2012.  Majlis ini merupakan satu pakej 3 + 1 kerana selain daripada sambutan Hari Raya, juga diadakan majlis meraikan guru-guru yang bertukar dan majlis meraikan guru-guru praktikum yang tamat menjalani praktikum di sini.
Pengacara Majlis
Bacaan Doa - Ust Adnan
Pra Hari Raya

Pra Hari Raya

Pra Hari Raya

Pra Hari Raya

Pra Hari Raya

























Selamat Bertukar