Tuesday, November 6, 2012

Pendaftaran Pelajar Bagi Tahun Persekolahan 2013

Makluman kepada semua ibu bapa / penjaga pelajar tingkatan 2, 3, 4, 5 dan 6 Atas 2013 SMK Dato' Perdana.  Berikut adalah jadual pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan 2013.


Pendaftaran Pelajar Bagi Tahun Persekolahan 2013

TINGKATAN
2013
PENDAFTARAN SEKOLAH DAN ASRAMA
TARIKH DAFTAR
MASA PENDAFTARAN
TEMPAT
2
29hb Disember 2012
( Sabtu )
9.00 pagi
Hingga
1.15 petang
Dewan Sri Perdana,
SMK Dato’ Perdana
3
5
6  Atas
4
1hb Jan 2013
Sepanjang waktu persekolahan

Sukacita dimaklumkan bahawa pakaian semasa pendaftaran adalah tertakluk kepada  peraturan sekolah, iaitu setiap pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap.

Friday, November 2, 2012

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

Program ini telah diadakan pada hari Khamis, 1hb November 2012 di Dewan Terbuka, SMK Dato' Perdana. Program ini diadakan  bagi memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra para guru dan pelajar SMK Dato' Perdana dengan menguatkan rasa megah dan mencintai bahasa kebangsaan.

Objektif sambutan program ini adalah untuk:
  • Memupuk rasa mencintai dan megah terhadap bahasa kebangsaan
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan
  • Menyemmarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa

Majlis sambutan ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMK Dato' Perdana.  Terdahulu daripada itu, beliau telah membacakan Teks Perutusan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 oleh Menteri Pelajaran Malaysia.

Latar Belakang Bulan Bahasa
Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60an.  Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK), 1987 - 1996, Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS), 1996 - 2005, dan Minggu Sastera, 1987 - 1998, gerakan ini kemudiannya dinamakan  Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) pada tahun 1999.
Pelancaran BBSN pertama telah disempurnakan pelancarannya pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah B Hj Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.  Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamatnya pelaksanaannya, BBSN telah dikenali sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).

Program yang dimulakan pada jam 7.30 pagi ini diakhiri dengan persembahan oleh wakil pelajar dan guru pada jam 8.30 pagi.