Saturday, October 27, 2012

Kursus Kepimpinan dan Perlantikan MPK 2013

Satu kursus kepimpinan dan perlantikan Majlis Pimpinan Kolej (MPK) 2013 telah berjaya diadakan di Ridhwan Chalet pada 18 - 20 Oktober 2013.  Seramai 40 orang pelajar yang terpilih untuk menganggotai MPK 2013 telah mengikuti kursus ini.  Kursus ini diadakan bagi mendedahkan para pelajar kepada pengalaman memimpin, berkeyakinan tinggi dan bertanggungjawab, jujur serta amanah dengan tugas dan peranan yang diberi.
Objektif program ini adalah supaya selepas mengikuti program ini, para peserta akan dapat:
  • Timbul kesedaran, keinsafan dan keyakinan terhadap tugas dan tanggungjawab yang diserahkan.
  • meningkatkan ketrampilan diri pelajar dengan imej sebagai pemimpin.
  • Memberi kesedaran bahawa tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin di kolej amat dihargai.
  • Memberi kesedaran bahawa kecemerlangan hidup bermula sekarang dan disandarkan kepada disiplin diri yang tinggi.
  • Memastikan prestasi akademik, sahsiah dan disiplin yang tinggi sepanjang masa.
 Dengan adanya kursus-kursus seperti ini, diharapkan akan dapat memantapkan lagi kepimpinan para MPK yang dilantik.
Majlis perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah, En Rusli Bin Idris.















Kem Pecutan A SPM 2012

Seramai 99 orang pelajar Tingkatan 5 SMK Dato' Perdana telah mengikuti satu program yang diadakan di Ridhwan Chalet, Pantai Melawi, Bachok pada 18 - 20 Oktober 2012 lepas.  Program ini merupakan satu daripada siri-siri program sekolah dalam usaha untuk mencapai kegemilangan pelajar-pelajar SPM tahun 2012.  Program yang dinamakan Kem Pecutan Kegemilangan Straight A's SPM ini bertujuan untuk merealisasikan target SPM 2012 iaitu mencapai NGP 2.40 dengan 25 calonnya mencapai Staright A's dan 50 % mencapai 5A ke atas.
Program ini juga bertujuan untuk menigkatkan motivasi diri calon-calon SPM 2012 supaya meneruskan usaha gigih mereka untuk mencapai A dalam setiap subjek yang didaftarkan. Selain daripada melatih pelajar supaya dapat menguruskan penggunaan masa yang optima dan berkesan, program ini juga diharapkan dapat meningkatkan lagi keyakinan pelajar supaya dapat menjawab soalan mengikut format yang betul.
Pengisian sepanjang program ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu:
  • Teknik menjawab
  • Kuliah Agama / Kerohanian
  • Benkel & LDK dan
  • Riadah
Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.

Monday, October 22, 2012

Lawatan Penanda Aras PPD Daerah Baling Sik

Satu rombongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Baling Sik, Kedah telah tiba ke sekolah pada 27hb September 2012 dalam program penanda arasan ke Sekolah-Sekolah Pencapaian Akademik Terbaik.  Rombongan seramai 40 orang ini terdiri daripada Guru-guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Matapelajaran dalam Daerah Baling Sik Kedah.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk membuat tinjauan serta melihat secara lebih dekat keistimewaan yang terdapat di sekolah ini dari segi pentadbiran dan pengurusan akademik serta memberi peluang kepada peserta rombongan untuk memperolehi maklumat secara terus dalam bidang berkaitan.
Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kunjungan ini dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan ini kerana telah menjadikan SMK Dato' Perdana sebagai salah satu daripada sekolah model dalam siri lawatan ini.












Tuesday, October 9, 2012

Konsultasi Murni Tiga Penjuru SPM 2012

Program berkenaan telah diadakan dengan jayanya pada 4hb Oktober 2012 di Dewan Sri Perdana.  Objektif program ini ialah untuk:
  • Meningkatkan motivasi diri dan kesedaran untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk peningkatan bilangan "A''bagi setiap pelajar
  • Melaksanakan penggunaan masa pembelajaran secara optimum, terancang dan sistematik serta berkesan
  • Kerjasama antara ibu bapa, pelajar dan guru semakin diperkasakan untuk merealisasi target SPM 2012
  • Mendekatkan diri kepada Maha Pencipta dalam usaha terakhir sebelum menghadapi SPM 2012
Pihak sekolah telah merancang majlis ini untuk mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara pihak sekolah dan ibu bapa /penjaga dalam usaha untuk meraih kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan SPM 2012.  Pihak sekolah juga berharap melalui program ini, target kecermelangan SPM dengan 25% calonnya memperolehi Straight A's dengan NGP 2.40 pada tahun ini dapat dicapai.

Aturcara majlis dimulakan dengan  bacaan doa oleh Ustaz Nor Apini bermula jam 11:30 pagi diikuti ucapan aluan oleh YBrs Pn.Hjh Khatimas Binti Mohamood (Pengetua).

Pada jam 11:50 pagi En Rusli B. Idris (PK Pentadbiran) memberikan taklimat perjalanan konsultasi dan konsultasi bermula pada jam 12:30 tengahari.  Majlis berakhir pada 1:10 tengahari.
Kepada semua warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung juga ibu bapa penjaga, Jawatankuasa Pengelola mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjayakan program ini.