Wednesday, June 3, 2015

Selamat Bersara - Cikgu Hakimah

Setelah 35 tahun mengabdikan diri dalam bidang pendidikan, akhirnya Pn Hjh Hakimah bt Hussin telah menamatkan kerjaya sebagai PENDIDIK di SMK Dato' Perdana, Bachok pada majlis meraikan persaraan beliau pada 28hb Mei 2015 di Dewan Sri Perdana.  Majlis persaraan ini diadakan sempena cuti pertangahan tahun, tarikh persaraan beliau adalah 31hb Mei 2015 (musim cuti persekolahan).
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada tahun 1980, di SMK Bachok dan bersara di SMK Dato' Perdana, Bachok.