Thursday, July 9, 2015

Ceramah Nuzul Quran

Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Panitia Pendidikan Islam SMKDP telah menganjurkan ceramah Nuzul Quran kepada guru-guru dan para pelajarnya.  Ini merupakan satu daripada pengisian bulan Ramadhan pada tahun ini.
Ceramah ini disampaikan oleh Tn Hj Mohd Majdi bin Hj Abdullah, guru JQAF SK Badak ini telah diadakan di Dewan Terbuka, SMKDP.  Program yang bermula jam 2.00 petang ini telah berakhir jam 4.00 petang.
Melalui program ini diharapkan para pelajar khususnya:
Mendapat pencerahan mengenai peristiwa turunnya Al Quran.
Fadhilat Ramadhan.
Menggalakkan pelajar supaya menjadikan tabiat membaca Al Quran sebagai satu amalan harian.
Memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai kepentingan Al Quran dalam kehidupan seorang muslim.
Membentuk akhlak pelajar dengan akhlak Al Quran.