Wednesday, November 13, 2013

Selamat Menduduki SPM dan STPM 2013

Selamat menduduki peperiksaan kami ucapkan kepada semua calon SPM dan STPM 2013.  Hadapilah dengan tenang dan yakin.  Kami yakin anda semua mampu lakukan yang terbaik.  Buktikan usaha gigih anda selama ini akan membuahkan hasil yang cemerlang nanti.
Jawablah soalan dengan sabar dan tenang, fahami betul-betul kehendak soalan.
Kami warga SMKDP berbangga dengan komitmen anda semua.  Berilah yang terbaik.  Buktikan kepada diri anda, ibubapa anda bahawa anda mampu melakukannya.
Insya Allah, kejayaan bersama anda semua.