Tuesday, April 2, 2013

Keputusan SPM 2012

Tahniah kepada semua calon SPM yang berjaya mencapai kecemerlangan dalam SPM 2012 lepas.  Secara keseluruhan, SMK Dato Perdana berada di tangga kedua dalam PPD Bachok, di belakang SMKA Tok Bachok dan di tangga ke 13 peringkat JPN Kelantan.
Berikut adalah analisa calon yang memperolehi A:
10A - 1 orang
9A  - 7 orang
8A  - 3 orang
7A  - 5 orang
6A  - 6 orang
5A  - 23 orang
4A  - 20 orang
3A  - 18 orang
2A  - 11 orang
1A  - 5 orang

Tahniah kepada semua guru di atas segala usaha gigih anda.

Monday, April 1, 2013

Minggu Anti Dadah 2013

Satu majlis pelancaran Minggu Anti Dadah 2013 peringkat sekolah telah diadakan di Dataran Sri Perdana, SMK Dato' Perdana pagi ini.  Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMK Dato Perdana. 
Terdahulu En Rosli B Idris, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Dato Perdana membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran.  Tema sambutan tahun ini adalah 1 Malaysia Membanteras Dadah.  Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah dan Panatia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SMK Dato Perdana.  Program ini juga melibatkan agensi luar seperti AADK Daerah Bachok, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (Daerah Bachok) melalui ceramah dan pameran.

Objektif program adalah untuk:
  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam menolak pengaruh negatif rakan sebaya
  • Meningkatkan assertif kendiri serta kemahiran interpersonal pelajar mengatakan tidak kepada dadah dan
  • Membina ketahanan diri pelajar agar menjauhi dadah.

Tentatif Program:


Tarikh
Aktiviti
Sasaran
Tempat
AJK
01 April
Pelancaran Minggu Anti Dadah dan Lima Minit Anti Dadah
Semua pelajar
Dewan Terbuka SMK Dato’ Perdana
En Che Zaidi
02 April
Ceramah Anti dadah / Rokok daripada AADK
Kumpulan Sasaran
Dewan Terbuka SMK Dato’ Perdana
Kaunselor
02 – 03  April
Pertandingan Kuiz
Terbuka
Tapak Pameran
Kaunselor
03 April
Ceramah Kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
Kumpulan Sasaran
Dewan Terbuka SMK Dato’ Perdana
Pn Zuliana
Sepanjang minggu
Pertandingan Menulis Esei B. Melayu
Semua pelajar
Kelas
En Muhammad Arif
Guru B Melayu
Sepanjang minggu
Pertandingan Menulis esei B Inggeris
Semua pelajar
Kelas
En Azharith
Guru B Inggeris
Sepanjang minggu
Pertandingan Melukis Kanvas
Tingkatan 4 – 5
Bilik PSV
En Che Kamarudin
Pn Zuliana
Sepanjang minggu
Pertandingan Buku Skrap
Terbuka (berkumpulan)
Terbuka (berkumpulan)
Pn Azimah
Pn Fatiah
Pn Zuliana
Sepanjang minggu
Pertandingan Fotografi
Terbuka
Kawasan sekolah
Kelab Fotografi
Sepanjang minggu
Pertandingan Melukis Poster
Tingkatan 1-3
Bilik PSV
En Che Kamarudin
Pn Zuliana
Sepanjang minggu
Pertandingan PowerPoint
Terbuka

Kelab Komputer