Thursday, July 18, 2013

Lawatan Muhibbah Daripada SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik

Satu rombongan dari SMK Dato' Seri Wan Mohamed, Gerik, Perak telah membuat lawatan ke SMK Dato' Perdana pada ahad, 7hb Julai 2013.  Rombongan seramai 30 orang ini diketuai oleh Pn Rohani Bt Mohamad, PK Pentadbiran sekolah berkenaan.  Rombongan ini terdiri daripada 15 orang pelajar dan 15 orang guru.  Turut serta dalam rombongan ini adalah En Shariffuddin B Abdullah (PK HEM) dan Pn Suriani Bt Ibrahim (PK Kokurikulum).
SMK Dato' Perdana, dketuai oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood (Pengetua) mengalu-alukan kehadiran mereka kerana menjadikan sekolah ini sebagai salah satu destinasi kunjungan dalam program lawatan penanda aras mereka.
Selepas mendengar taklimat daripada pengetua sekolah, para tetamu telah dibawa untuk meninjau persekitaran sekolah serta bilik-bilik khas yang ada di sekolah ini. Lawatan berkahir dengan majlis jamuan dan penyampaian tanda kenangan.
Rombongan yang tiba pada jam 10.00 pagi ini telah beredar meninggalkan perkarangan sekolah pada jam 1.00 tengahari.

Wednesday, July 10, 2013

Majlis Apresiasi Bulanan Julai Siri 2

Majlis ini telah diadakan di Dataran Terbuka, SMK Dato' Perdana.  Dalam majlis ini, Sijil dan Medal telah disampaikan kepada pelajar-pelajar:
  • Sijil - PPIM
  • Sijil - Pasukan Nasyid
  • Hadiah kepada Kelas dan Bilik Khas Ceria.
Terdahulu, satu ceramah  Ambang Ramadhan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan telah di berikan oleh Ustaz Adnan Bin Ishak.

Seramai 31 orang ahli Pergerakan Puteri Islam sekolah  (PPIM) telah mewkili sekolah dalam Kem Pemantapan Jatidiri Badan Beruniform Sekolah-Sekolah Kluster Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan di SMKA Tok Bachok dari 4 hingga 5 Julai 2013.

PPIM sekolah telah mengharumkan nama sekolah setelah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori Perempuan dan diisytiharkan sebagai Khemah Terbaik Kategori Perempuan.  Tahniah kepada PPIM dan guru-guru penasihatnya.

Seramai lima orang pelajar yang menganggotai pasukan nasyid sekolah telah mengadakan persembahan dalam majlis Aprisiasi Puisi Ramadhan pada malam 6 Julai di Dewan Utama, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur.  Majlis ini adalah anjuran DBP dengan kerjasama Gabungan Penulis Muda Kelantan.

Majlis Apresiasi Bulanan Julai Siri 1

Majlis ini telah diadakan pada 3hb Julai 2013 di Dewan Terbuka, SMK Dato' Perdana.  Dalam majlis ini beberapa penyampaian Sijil dan Medal telah dibuat sebagai menghargai sumbangan para pelajar dalam bidang masing-masing.
Sebelum itu, diadakan juga majlis Pelancaran Hari Koperasi 2013.  Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.  Tema tahun ini adalah Koperasi Bersatu Demi Perekitaran Sejagat
Dalam ucapan perasmian, antara lain beliau menyeru supaya seluruh warga sekolah, khususnya pelajar-pelajar supaya memberi sokongan padu bagi memajukan lagi koperasi sekolah.
Penolong Kanan Kokurikulum telah menyampaikan hadiah kepada pemenang berikut:
  • Kejohanan Rumah Sukan
  • Senamrobik
  • JPAM
  • PPIM
  • KRS
Manakala Penolong Kanan Pentadbiran telah menyampaikan hadiah kepda :
  • Pelajar Terbaik Matematik Tingkatan 5, 4, dan 3
  • Angerah Pelajar Cemerlang Tingkatan 3, 4, dan 5

Tuan Pengetua telah menyampaikan anugerah :
  • Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat Sekolah.
  • Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat JPN.

 ... Bersambung