Sejarah Sekolah

Sekolah ini dimulakan pembinaan pada 7 JUN 1999 dan mengambil masa selama lebih kurang 2 tahun 1 bulan untuk menyiapkannya. Bangunan sekolah telah siap sepenuhnya pada 20 JULAI 2001.
Bangunan sekolah diserahkan secara rasminya oleh pihak kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 21 JULAI 2001.
SMKDP mula dibuka pada 1 OGOS 2001 dan membuat pengambilan pelajar pertama pada 2 SEPTEMBER 2001 dengan bilangan pelajar pertama (pelajar Tingkatan 1 dan 2) diambil daripada sebahagian pelajar SMK Badak dan SMK Jelawat. 

Sebahagian daripada Blok Sekolah

Majlis perasmian sekolah telah disempurnakan pada 13 MEI 2002 oleh KDYMM AL-Sultan Kelantan.
Sekolah ini pada asalnya dikenali sebagai SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANGOK kerana kedudukannya yang terletak di kawasan kompleks sekolah-sekolah Tangok.
Ianya kemudian ditukar nama kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ PERDANA sempena nama khas Menteri Besar (Pada masa itu digelar Perdana Menteri) Negeri Kelantan 1921 – 1945 semasa majlis perasmian sekolah yang telah disempurnakan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan pada 13 MEI 2002.

No comments:

Post a Comment