Sunday, August 7, 2016

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2016

Tarikh
7hb Ogos 2016
Masa
07:40
Tempat
Dewan Sri Perdana
Perasmian
Tn Hj Sulaiman B Daud (Pengetua)
Objektif Program
Bertujuan untuk memperingati sejarah kemerdekaan Malaysia seterusnya untuk memupuk semangat perpaduan dan patriotik.
Matlamat
·         Menyemaindan memupuk semangat cinta akan Negara melalui pengisahan perjuangan menuntut kemerdekaan Negara
·         Mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan antara semua pihak melalui aktiviti yang dianjurkan
·         Mencungkil bakat pelajar melalui persembahan dan pertandingan yang diadakan.

Tahukah anda?

Nama Malaysia bermula dengan nama Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan dirantau ini pada zamannya.
Di kalangan pedagang asing, terdapat pelbagai nama / sebutan yang diberikan kepada Tanah Melayu, antaranya I-Tsing (di kalangan pedagang Negara China), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma-Li-Yu-R (Yuan Shih / Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque / Portugis)
Tunku Abul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20hb Feb, 1956.
Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16hb September 1963.  Ianya direka oleh En Mohamad Bin Hamzah (Arkitek, JKR Johor Bahru).  Asalnya 11 jalur biru dan putih, dengan bulan dan bintang dibahagian tepi kiri.
Wayang pertama ditayangkan di Malaya adalah Filem Laila Majnun pada tahun 1933
Waktu tempatan di Malaysia telah beberapa kali diubah:
·         31hb Disember 1930 – dipercepatkan 10 minit untuk memanjangkan waktu siang
·         01hb September 1941 – dipercepatkan 10 minit
·         Tahun 1942 – Dipercepatkan 2 jamuntuk disamakan dengan waktu di Jepun (zaman pemerintahan Jepun)
·         Tahun 1945 – Dilewatkan 2 jam (kembali seperti 1941)
·         01hb Januari 1982 – Waktu diSemenanjung Malaysia dipercepatkan 30 minit untuk menyeragamkan waktu di seluruh Malaysia



Friday, August 5, 2016