Sunday, February 7, 2016

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2016


Majlis berkenaan telah diadakan pada hari ahad, 31hb Januari 2016 di Dewan Sri Perdana, SMK Dato' Perdana.  Program yang bermula jam 8.00 pagi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg Dato' Hj Ab Aziz bin Abdullah, Pengarah Pendidikan Kelntan.
Dalam majlis ini, para pemimpin pelajar yang terdiri daripada pengawas, pengawas PSS, Ketua Tingkatan, telah menerima watikah pelantikan masing-masing.
Semasa ucapan perasmian, YBhg pengarah menyatakan Disiplin merupakan asas kepada kejayaan.  Ia merupakan satu syarat untuk menuju destinasi hidup.  Beliau berharap supaya semua pelajar SMKDP sentiasa berdisiplin dalam semua gerak kerja.
Berikut adalah atur cara majlis:



07:15
Guru dan pelajar berkumpul di Dewan Sri Perdana
07:50
Ketibaan YBhg Dato’ Hj Ab Aziz bin Abdullah
Pengarah Pendidikan Kelantan
08:00
Majlis dimulakan
Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Wawasan D’Perdana
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Pengetua
YBrs Tn Hj Sulaiman bin Daud
Pengetua SMK Dato’ Perdana
Ucapan Perasmian
YBhg Dato’ HJ Ab Aziz bin Abdullah
Pengarah Pendidikan Kelantan
Penyampaian Watikah Pelantikan
Ikrar Pemimpin Pelajar
Penyampaian cenderahati
Majlis di Dewan Sri Perdana berakhir
08:40
Acara “Media D’Perdana” di Galeri Kurikulum
Perasmian bilik “Sanggar D’Perdana”
Minum pagi
bersurai