Sunday, March 17, 2013

Bengkel Jawi Pelajar PMR 2013

Satu bengkel Jawi pelajar PMR 2013 telah berjaya di adakan pada 8 Mac 2013 yang lalu.  Bengkel khusus untuk calon-calon PMR 2013 ini telah diadakan di Dewan Peperiksaan SMK Dato' Perdana. Bengkel anjuran Panitia Pendidikan Islam ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar engenai kaedah JAWI DBP.  Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penguasaan kaedah penulisan / ejaan Jawi DBP.  Pihak panitia amat berharap semua pelajar terlibat akan dapat memantapkan lagi tahap penguasaan mereka dalam tulisan Jawi akan membantu melonjakkan kecemerlangan pelajar dalam akademik, khususnya pencapaian mereka dalam PMR 2013 kelak.

Tuesday, March 12, 2013

PENGUMUMAN PENTING !!!

Pihak Jawatankuasa ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PBIG SMK Dato' Perdana Kali Ke 11, 2013 yang dijadualkan pada hari khamis, 14hb Mac 2013 telah ditunda kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sekian. Terima kasih.

Monday, March 11, 2013

Kem Kepimpinan Pengawas 2013

Satu Kem Kepimpinan Pengawas telah berjaya dilaksanakan pada 21 - 23 Feb 2013 lepas.  Kem Kepimpinan yang dijayakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan ini telah diadakan di Redzuan Chalet, Melawi, Bachok.  Seramai 75 orang pelajar bakal pengawas 2013 telah mengikuti program ini.
 Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.

Mesyuarart Agung PIBG Kali Ke 11 / 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato' Perdana Kali Ke 11, 2013 akan diadakan sebagaimana berikut:
         Tarikh   : 14 Mac 2013 (Khamis)
         Masa    : 1.00 tengah hari
         Tempat : Dewan Seri Perdana, SMK Dato' Perdana
         Perasmian : YB Dato' Dr Awang Adek B Hj Hussin (Timbalan Menteri Kewangan Malaysia).
Sehubungan dengan itu, semua ibu / Bapa / Penjaga kepada pelajar sekolah ini dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini.

Thursday, March 7, 2013

Kejohanan Merentas Desa 2013

Satu kejohanan merentas desa peringkat sekolah 2013 telah diadakan pada hari Selasa, 5hb Mac 2013 yang lalu. Program yang bermula pada jam 3.00 petang itu dibahagikan kepada 6 kategori iaitu:
  • Kategori 13 P
  • Kategori 15 P
  • Kategori 18 P
  • Kategori 13 L
  • Kategori 15 L dan
  • Kategori 18 L
Perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.

Pelancaran Bulan Sains dan Matematik 2013

Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik 2013  peringkat sekolah telah diadakan pada 6hb Mac 2013 di Dewan Sri Perdana.  Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua SMK Dato' Perdana.
Objektif sambutan Bulan Sains dan Matematik ini adalah:
  • Untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
  • Meningkatkan motivasi pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.
  • Untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif.
  • Untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matemati dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan.

Jadual Pelaksanaan



Aktiviti
Tarikh Perlaksanaan
Pertandingan buku Skrap
4-20 Mac
Bijak Sifir (Khas Untuk Tingkatan 1
6 Mac
Kuiz Matematik (Menengah Atas)
6 & 7 Mac
PERMAINAN Matematik (Menengah Bawah)
5 M
Pameran Dan Kuiz 
  • Kimia 
  • Fizik
  • Biologi Dan Kesihatan Mulut Dan Gigi
10 - 14 Mac
Pertandingan Teka Silang Kata Biologi
17 & 19 Mac


Friday, March 1, 2013

LDP siri 1 2013

Satu kursus dalam perkhidmatan akan diadakan pada hari sabtu, 2hb Mac 2013.  Semua guru dikehendaki hadir ke sekolah untuk mengikuti kursus  yang bermula jam 8.00 pagi ini.  Ini merupakan sebahagian daripada keperluan kursus profesionalisme guru setiap tahun.

Majlis Penyampain Watikah Perlantikan Pengawas

Satu majlis penyampaian wattikah perlantikan pengawas sekolah telah diadakan di Dewan Sri Perdana, pada 27hb Februari 2013.  Majlis ini telah disempurnakan oleh Tn Hj Ab Aziz B Abdullah, Ketua Sektor Akademik, JPN Kelantan.  Seramai 75 orang pengawas sekolah telah dilantik pada majlis ini.