Saturday, June 30, 2012

Kursus Pengenalan Kepada Sukan Memanah

Siri LDP (Latihan Dalam Perkhidmatan) SMK Dato' Perdana kali ini membawa sedikit kelainan.  Guru-guru telah didahkan dengan sukan memanah.  Sesi perkongsian ilmu ini dikendalikan oleh Jurulatih Memanah Negeri Kelantan, En Kamal B Abdullah (Penolong Kanan Tingkatan 6).



Kursus ini telah dijalankan pada 28hb. Jun 2012, bermula jam 2.30 petang.  Kursus ini dibahagikan kepada dua sesi, iaitu satu jam sesi teori dan dua jam sesi praktik memanah di lapang sasar SMK Dato' Perdana.
Para peserta kelihatan ceria dan bersemangat semasa sesi dilapangan.  Mungkin aka ada siri latihan berikutnya untuk kursus asas memanah ini.






Wednesday, June 27, 2012

Forum Remaja Peringkat Negeri Kelantan 2012

Satu pertandingan Forum Remaja peringkat negeri Kelantan telah diadakan pada 26hb  Jun  2012 di SMK(A) Tok Bachok, Bachok, Kelantan.  Pasukan dari SMK Dato' Perdana yang  mewakili Daerah Bachok dalam pertandingan ini telah berjaya mendapat  tempat ke TIGA.
Peserta-peserta yang terlibat dengan pertandingan ini adalah:
  • Nor Faezah Bt Mat Yusoff
  • Nor Amirah Bt Mat Yusoff
  • Engku Haslinda Bt Engku Hasran
  • Mardiana Bt Mahadi
  • Najjah Husna Bt Samsuddin




Tahniah kepada pasukan sekolah.

Sunday, June 24, 2012

Pra Forum Remaja

Satu sesi latihan forum telah diadakan di pentas MBMMBI sebagi persediaan untuk pertandingan Forum Remaja yang akan diadakan pada 26hb Jun 2012 di SMK(A) Tok Bachok.
Semoga mendapat kejayaan.

Sunday, June 17, 2012

LDP Siri 2, 2012

Satu Kursus Dalaman (LDP 2/2012) kepada staf akademik telah dijalankan pada hari Sabtu, 16hb Jun 2012 di Sekolah ini.  Kursus yang bermula jam 8.30 pagi ini telah dijalankan di bilik perpustakaan sekolah.  Pengisian LDP kali ini tertumpu kepada pengurusan dan pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah yang akan dilaksanakan diseluruh negara pada tahun ini kepada pelajar-pelajar tingkatan 1.  Beberapa orang guru telah terlibat memberikan input-input mengenai Pengurusan PBS bagi subjek-subjek berkaitan.

  1. Pengurusan Pangkalan Data Murid - Oleh En Baharom B 
  2. PSB untuk PSV - Oleh Pn Saniah
  3. PSB untuk Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan - Oleh Pn Zuliana Ab Halim
  4. PSB untuk PAJSK - Oleh Tn Hj Ahmad Nazari (PK KO)
  5. Pengurusan dan pengendalian PSB - Oleh Pn Rohana




Sesi perkongsian ilmu ini telah ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Thursday, June 14, 2012

... Perayaan Hari Guru 2012

Satu majlis penyampaian hadiah sempena perayaan Hari Guru yang disambut pada 24hb Mei 2012 lalu.


Pertandingan Kad Ucapan Hari Guru
A
Kategori Menengah Rendah

Johan
2 Berlian

Naib Johan
3 Delima



B
Kategori Menengah Atas

Johan
5 Ibnu Sina

Naib Johan
4 Ibnu Sina



Pertandingan Merekacipta Banner

Johan
Dol Said

Naib Johan
Mat Kilau



Sukaneka Guru

Johan
Dol Said

Naib Johan
Dato’ Bahaman



Pertandingan Bola Tampar
A
Kategori Guru Lelaki

Johan
 Rumah Mat Kilau

Naib Johan
 Rumah Dato' Bahaman



B
Kategori Guru Perempuan

Johan
Rumah Mat Kilau dan Dato’ Bahaman

Naib Johan
Rumah Dol Said dan Tok Janggut



Cenderahati Persembahan Pelajar

Persembahan drama
Persembahan dikir barat
Persembahan koir
Persembahan ‘Coral Speaking
Persembahan lagu dan puisi
Cenderahati Persembahan Guru

Rumah Tok Janggut
Rumah Dol Said
Rumah Mat Kilau
Rumah Dato’ Bahaman























Tuesday, June 12, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar stelah dua minggu bercuti.  Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.  Kepada pelajar-pelajar tingkatan 3, 5, dan 6 atas, tarikh PMR, SPM dan STPM kian hampir.  Diharapkan calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini akan melipatgandakan lagi usaha untuk memastikan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.  Kepada pelajar-pelajar lain, teruskan usaha gigih anda, keran tiada kejayaan yang dicapai dengan mudah tanpa kegigihan.  Tindakan anda hari ini akan menentukan hari depan anda.
Rebutlah peluang untuk belajar ini dengan baik.

Monday, June 11, 2012

Selamat Datang Rombongan JPN N Sembilan

Pihak sekolah mengalu-alukan kunjungan rombongan daripada JPN Negeri Sembilan ke sekolah kami.  Lawatan ini merupakan lawatan penanda aras kajian pengurusan akademik kecemerlangan PMR 2011.