Saturday, February 21, 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 13 / 2015


Pada hari selasa yang lalu,17hb Februari 2015 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SMK Dato' Perdana.  Mesyuarat Agung kali ke 13 ini telah dempurnakan majlis perasmiannya oleh Yang Berusaha, Tn Hj Abdul Aziz bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.
Majis ini telah dilangsungkan di Dewan Sri Perdana, SMK Dato' Perdana.


Berikut adalah susunatur acara majlis:



2.00 petang
Pendaftaran

2.30 petang
Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 13 / 2015

3.10 petang
Ketibaan
YBrs Tn Hj Mohd Faizul bin Yusoff
(Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Bachok)

3.15 petang
Ketibaan
YBrs Tn Hj Abdul Aziz bin Abdullah
(Timbalan Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan)

3.20 petang
Majlis Perasmian dimulakan.
Nyanyian lagu Negaraku
Doa
Ucapan alu-aluan
Ybrs Pn Hjh Khatimas bt Mohamood
(Pengetua, SMK DAto’ Perdana)
Ucapan
Ybhg Dato’ HjZulkifli bin AB Rahman
(YDP PIBG SMK Dato’ Perdana)
Ucapan Perasmian
YBrs Tn Hj Abdul Aziz bin Abdullah
(Timbalan Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan)
Penyampaian Cenderahati

4.00 petang
Sambungan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 / 2015

Cabutan Bertuah









Cabutan bertuah

Cabutan bertuah

Monday, February 16, 2015

Majlis Apresiasi Perdana 1/2015

Sebagai menghargai kejayaan dan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah, SMK Dato' Perdana telah mengadakan Majlis Apresiasi Perdana Kali Pertama 2015 pada pagi ini.  Majlis berkenaan telah diadakan di Dataran d'Perdana, SMK Dato' Perdana.

Berikut adalah aturcara majlis:


07:20
Pelajar dan Guru berkumpul
07:40
Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Sekolah
Bacaan Doa
Ucapan Guru Bertugas
Ucapan Kadet Polis (Sarjan Kadet Hafiy)
Penyampaian Sijil
Ikrar Pelajar
08:20
Majlis Bersuari.


Anugerah-anugerah yang disampaikan adalah:


Unit Kokurikulum

Kelab Sukan dan Permainan
·         Badminton
·         Bola Baling

Kursus Kepimpinan : Pengerusi dan Setiausaha
Kelab / Persatuan, Sukan dan Permainan, Pasukan Pakaian Seragam Sekolah

Unit Hal Ehwal Murid
·         Pertandingan Kelas Bersih dan Ceria
·         Dormitory Terbaik

Unit Kurikulum

Pelajar cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2014
·         Tingkatan 2
·         Tingkatan 3
·         Tingkatan 5

Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan Penggal 1 Sesi 2015
Tingkatan 6 Atas





Thursday, February 5, 2015

Majlis Perasmian Sesi Persekolahan 2015

Pada hari isnin, 26 Januari 2015, telah berlangsung Majlis Perasmian Sesi persekolahan 2015.  Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berusaha Drs Amran Bin Hj Mustapha, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bachok diadakan di Medan D'Perdana.
 
Berikut adalah susun atur majlis:

0730
Pelajar dan guru berkumpul di Medan D’Perdana
Ketibaan YBrs Drs Amran bin Hj Mustapha
(Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bachok)
0740
Nyanyian lagu Negaraku
Nyanyian lagu Selamat Sultan
Nyanyian lagu Sekolah

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan
Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood,
Pengetua SMK Dato’ Perdana

Ucapan Perasmian
YBrs Drs Amran Bin Hj Mustapha
Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Bachok

Gimik Perasmian

Penyampaian cenderahati

Ikrar Pelajar

Majlis bersurai


Sajak Kembali Ke Sekolah, hasil karya M. Arif telah dideklamasikan oleh 
Saudara Amirul B Mohd Zain.

selamat kembali ke sekolah
demikian ucap kalbuku dan kalbu mu
bergelar pelajar smk dato’ perdana
tatkala melewati gapura tahun baru –
tahun kita bertambah maju

meja dan kerusi kita sudah menunggu
di kamar ilmu.  pena dan buku juga
sedia melepaskan rindu pada mesra
jari-jemari kita – kita pelajar bersusila;
miliki pekerti mulia.  kita pelajar berkarisma; miliki citra hidup yang bersinar-sinar.

guru-guru siap siaga menanti
merapi pekerti dan menyaji
pemikiran aras tinggi sambil kita nikmati
lazat juadah dari resipi kegemilangan
pada hari ini.

selamat kembali ke sekolah
biarlah kalbu kita berbisik kepada jiwa
biarlah jiwa kita berbisik kepada rasa
biarlah rasa kita berbisik kepada semangat
biarlah semangat kita berbisik kepada tekad
biarlah tekad mengajak kita beriringan
sambil menyandang wawasan watan
sambil menggalas impian terbilang

selamat kembali ke sekolah
di sini ada jalan menuju ke hari muka
di sini ada jalan menuju ke syurga.





Majlis telah ditangguhkan pada jam 8.15 pagi.  Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SMKDP kerana menjayakan program ini.