Sunday, September 25, 2016

Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2016

Pertandingan ini telah diadakan di Universiti Teknologi Petroleum (UTP), Perak pada 24 September 2016.  Salah satu pasukan yang menyertai pertandingan ini adalah pasukan dari SMKDP.  Tahniah kerana dapat menyertai pertandingan ke peringkat Kebangsaan.





Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016

Majlis berkenaan telah berlangsung dengan jayanya sebagaimana berikut:
Tarikh : 21 September 2016 (Rabu)
Tempat : Dewan Sri Perdana
Masa : 3.00 Petang

Objektif program :
Memperkasa semangat Bulan Kemerdekaan demi melahirkan generasi muda yang berketrampilan tinggi serta berbakti kepada bangsa dan negara.

Matlamat Program:
Memupuk semangat cinta akan Negara melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa Bulan Kemerdekaan.
Mewujudkan semangat kerjasama dan perpaduan antara semua pihak melalui aktiviti yang dianjurkan.
Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan.

Aturcara


2:45 ptg
Guru dan pelajar mengambil tempat
3:00 ptg
Nyanyian lagu Negaraku, selamat Sultan dan Lagu Sekolah

Bacaan Doa

Persembahan Pelajar;

  • Deklamasi Sajak
  • Persembahan Dikir Barat
  • Penyerahan Bendera Terpanjang

Ucapan Perasmian Penutup
En Rusli Idris, PKP Pentadbiran
(mewakili Tuan Pengetua)

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Nyanyian Lagu Patriotik
4:30 ptg
Majlis Bersurai

Ucapan Perasmian