Monday, October 31, 2016

Sayembara Deklamasi Puisi DBP Wilayah Timur 2016 - Tahniah SMKDP

Peserta dari SMKDP telah membolot hadiah utama dalam Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan 2016 yang berlangsung pada 29 dan 30 Oktober 2016 di Kota Bharu.
Dalam sayembara ini, SMKDP telah menghantar 4 orang peserta bersama Cikgu Muhammad Arif Bin Man sebagai guru pengiring. Daripada 7 orang peserta peringkat akhir, 4 daripadanya adalah dari SMKDP.  Sayembara ini adalah anjuran bersama DBP Wilayah Timur, Gabungan Penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Tahniah kepada pelajar SMKDP yang menjayakan sayembara ini:

  • Nuraina Sofia Bt Mazlan (Johan) 
  • Muizuddin Bin Mohammad (Naib Johan)
  • Siti Nur Fatihah Bt Mohd (Tempat Ketiga)
  • Mohd Zulhilmi B Mohd Zali (Saguhati)










Solat Hajat Sempena SPM 2016

Majlis tersebut telah selamat diadakan di Masjid Ar Rahman, Masjid SMKDP pada hari Khamis, 27 Oktober 2016 (26 Muharram 1438).  Solat hajat dilaksanakan selepas solat zohor itu dihadiri oleh pelajar-pelajar calon SPM, para ibubapa dan guru-guru SMKDP.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa dan tetamu yang sama-sama menjayakan program ini.






Menjamu selera di kantin sekolah selepas selesai solat hajat










Thursday, October 27, 2016

LDP - Memanah 2016

Tarikh : 26 Oktober 2016 (25 Muharram 1438)
Masa : 3.00 petang  - 5.00 petang
Lokasi : Medan Memanah, SMKDP
Penglibatan : Staf akademik dan sokongan




















Thursday, October 13, 2016

Saturday, October 8, 2016

Hari Sukan Negara 2016 - SMKDP

Majlis sambutan diadakan pada 8 Oktober 2016 (7 Muharram 1438).
Aturcara Majlis:
07:40 pg - Pelajar dan guru berkumpul Dewan Sri Perdana
07:50 pg - Bacaan surah Yaasin
08:10 pg - Majlis dimulakan

  • Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Wawasan D'Perdana
  • Doa
  • Ucapan Aluan (PK Kokurikulum)
  • Perasmian (PK Pentadbiran)
  • Senamrobik
  • Persegaran

10:30 pg - Acara Sukan
12:00 tgh - Majlis penutup dan bersurai