Tuesday, March 17, 2015

MAJLIS GRADUASI PELAJAR SPM & STPM 2014 SMK. DATO’ PERDANA

 Merujuk kepada surat jemputan sekolah: SMKDP 100/6  (  7  ) yang bertarikh 25hb Februari, 2015, semua ibu, bapa / penjaga pelajar SPM dan STPM 2014 SMK Dato' Perdana adalah dijemput untuk mengadiri Majlis Graduasi Kali Kedua Pelajar-pelajar cemerlang SPM dan STPM 2015.

                                                                                                      
Majlis berkenaan dijadualkan akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:
 
                         TARIKH      :     31 MAC  2015 ( SELASA )
                          MASA        :     10.00 pagi
                         TEMPAT     :     DEWAN TERBUKA SRI PERDANA
 

Bersama ini disertakan salinan surat jemputan ke majlis tersebut.  Sila KLIK DISINI untuk maklumat lanjut..


Sehubungan dengan itu,semua yang terlibat adalah dijemput hadir.

Sekian untuk makluman.

Wednesday, March 4, 2015

Majlis Pelantikan & Penyampaian Watikah Pengawas Sesi 2015

Pada hari isnin, 2hb Mac 2015 telah berlangsung majlis Pelantikan dan Penyampaian Watikah Pengawas 2015 bagi SMK Dato' Perdana.  Seramai 61 orang pengawas telah menerima watikah pelantikan daripada YBrs Drs Mohd Yani Bin Mohamad, KPP Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN Kelantan.
Terdahulu, Drs Mohd Yani, mewakili YBrs Pn Hjh Rosnah bt Wan Ibrahim, Ketua Sektor, Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, telah merasmikan majlis berkenaan di Dataran Sri Perdana.
Berikut adalah aturcara majlis berkenaan:


Aturcara Majlis

07:20
Semua pelajar berhimpun di Dataran Sri Perdana

07:30
Para Pengawas dan guru-guru mengambil tempat.

07:50
Ketibaan Dif Jemputan
YBrs. Pn Hjh Rosnah Bt Wan Ibrahim
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Majlis Bermula

·         Nyanyian Lagu Negaraku
·         Nyanyian Lagu Selamat Sultan
·         Nyanyian Lagu Wawasan D’Perdana
·         Bacaan Doa
·         Ucapan aluan
Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood
Pengetua SMK Dato’ Perdana
·         Titipan ucapan Perasmian,
YBrs. Pn Hjh Rosnah Bt Wan Ibrahim
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
·         Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas
·         Bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas
·         Saudara Mohd Syaqib bin Zalina
·         Penyampaian Cenderahati

08:30
Majlis bersurai