Thursday, June 26, 2014

Hari Koperasi Sekolah 2014 - II

Hari ini, sambutan Hari Koperasi diteruskan dengan aktiviti jualan.  Sebanyak 15 gerai jualan telah dibuka di perkarangan letak kenderaan berhampiran masjid sekolah. Semua pelajar dan guru telah mengunjungi gerai-gerai jualan ini untuk mendapatkan barang-barang jualan.
Tentatif program hari ini adalah :



MASA
AKTIVITI
TEMPAT
TINDAKAN
0800
Persiapan Gerai Jualan
Garaj D
Tn Hj Sudirman dan AJK
1130 – 1330
Aktiviti di Gerai Jualan
Garaj D
Pn Norma dan AJK
1330 – 1430
Rehat
(Solat Zohor)
1430 – 1800
Gerai Jualan

Garaj D
tn Hj Sudirman dan AJK
Pertandingan Pentaque
Tepi Dewan Sri Perdana
En Che Zaidi dan AJK Petang
Mengemas Gerai Jualan
Garaj D
En Kamaruddin dan AJK
Semua pemilik Gerai Jualan

















Wednesday, June 25, 2014

Kursus Profesionalisme Guru / Staf

Guru-guru dan para staf SMKDP telah mengikuti Kursus Komunikasi dan DTP yang diadakan di Bilik Wawasan, SMKDP pada hari Isnin, 23 Jun 2014.  Kursus yang disampaikan oleh Encik Rosli B Idris (PK Pentadbiran, SMKDP) ini bermula jam 2.30 petang.
Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian.
  • Slot 1 - Ujian Diagnostik (2.30 - 3.00 petang)
  • Slot 2 - Ceramah (3.00 petang - 4.30 petang) 
Semoga dengan pengisian-pengisian Ilmu seperti ini akan memantap dan memperkasakan lagi tahap pendidikan negara.
Untuk dapatkan bahan sokongan (nota) sila klik:








Tuesday, June 24, 2014

Hari Koperasi 2014

Bertempat di Dewan Terbuka SMKDP,  majlis perasmian sambutan Hari Koperasi 2014 telah diadakan pada hari Isnin, 23 Jun 2014.  Majlis berkenaan bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir pada jam 2.00 petang.
Tema sambutan tahun ini adalah Koperasi Penyumbang Berkesan Kepada Pembangunan Negara.
Program dimulakan bacaan doa oleh : Ustaz Nor Apini Deraman.
Diikuti dengan:

Bacaan perutusan hari Koperasi Sekolah:
  1. Presiden ANGKASA (Dato’ Hj Fattah Hj Abdullah) – oleh: Nur Salsabila Bt Lokman
  2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (YB Dato’ Hassan B Malik) – Oleh Saudara Azwan B Azizi (2 Delima)
  3. Menteri Pelajaran Malaysia (Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin B Hj Mohd Yassin – Oleh Saudara Mohd Zulhilmi B Mohd Zaki (3 Delima)
Ucapan Perasmian oleh : 
 En Mohd Azami B Mohd Salleh
(Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA, Negeri Kelantan

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Semangat Koperasi.