Friday, March 21, 2014

SPM 2013 - Tahniah

Tahniah kepada semua warga SMK Dato' Perdana.  Terima kasih semua.
SMK Dato' Perdana telah menaiki anak tangga ke 6 mengikut GPS, dalam senarai sekolah seluruh Kelantan apabila keputusan SPM 2013 diumumkan.
Senarai prestasi sekolah mengikut GPS adalah :
  1. SM Sains Tengku Mohamad Faris Petra, Kota Bharu  (1.88)
  2. SM Sains Pasir Puteh (1.91)
  3. SMKA Naim Lilbanat (1.98)
  4. SM Sains Machang (2.25)
  5. SMKA Lati, Pasir Mas (2.34)
  6. SMK Dato' Perdana, Bachok  (2.36)
  7. SMK Kubang Bemban, Pasir Mas (2.39)
  8. SMK Bachok, Bachok  (2.53)

Diperingkat PPD Bachok, SMK Dato' Perdna telah menduduki tangga pertama diikuti oleh SMK Bachok (GPS - 2.53).  SMK Dato' Perdana juga telah berada ditangga pertama di kalangan sekolah-sekolah projek khas JPN Kelantan.
Seramai 2 orang calon SPM 2013 telah memperolehi semua A dalam subjek yang diduduki.  Pelajar berkenaan adalah Nor Anis Zulaikha Bt Abdullah (11A) dan Siti Syafiqah Bt Sabri (10A).


Bilangan pelajar cemerlang SPM 2013 adalah:
  • 11A -   1 orang
  • 10A -  4 orang
  •  9A  -  9 orang
  •  8A  - 11 orang
 

11A
Nor Anis Zulaikha Abdullah
A+
·         Bahasa Melayu
·         Matematik
·         Matematik Tambahan
·         Kimia dan
·         Bahasa Arab
A
·         Bahasa Inggeris
·         Sejarah dan
·         Pendidikan Agama Islam
A-
·         Fizik
·         Biologi dan
·         Pendidikan Quran dan Sunah
10A
Siti Syafiqah Bt Sabri
A+
·         Pendidikan Agama Islam
·         Matematik
A
·         Bahasa Melayu
·         Sejarah
·         Matematik Tambahan
·         Kimia
A-
·         Bahasa Inggeris
·         Lukisan Kejuruteraan
·         Teknologi Kejuruteraan
·         Fizik




Terdahulu, pada hari rabu (19 Mac 2014), Nur Amirah Bt Udin telah muncul sebagai pelajar terbaik STPM dengan memperolehi : 4P (1A, 1A-, 1B, 1C) PNGK - 3.09.  Keputusan STPM 2013 Kelulusan Am adalah 100%,  PNGK - 2.36.
4P - 15 Orang
3P - 21 Orang, dan
2P - 7 Orang

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 12 / 2014

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 12, 2014 telah selamat diadakan pada hari khamis, 20hb Mac 2014 Dewan SMK Dato' Perdana.  Perasmian mesyuarat telah di sempurnakan oleh YBhg Tn Hj Mohd Radzuan B Hj Hamat, Naib Ketua UMNO Bahagian Bachok.
Jawatankuasa pengelola mengucapkan terima kasih kepada semua pihak ang terlbat dalam menjayakan program ini.




Jawatankuasa Pengelola



Penasihat Bersama
Dato’ Hj Zulkifli B Ab Rahman (YDP PIBG)
Tn Hj Che Adnan B Hj Ghani(NYDP PIBG)
Pengerusi
Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood (Pengetua)
Timbalan Pengerusi
En Rusli B Idris (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi Bersama
Pn Hjh Zailani Bt Mamat (PK HEM)
Tn Hj Ahmad Nazari B Zahari (PK Kokurikulum)
En Kamal B Abdullah (PK Tingkatan 6)
Pn Noriah Bt Daud (GK Sains Sosial)
En Mohamad B Mat Yassim (GK Sains Matematik)
En Mazuki B Jaafar (GK Teknik Vokasional)
Pn Nik Hanizah Bt Nik Lah (GK Bahasa)
Setiausaha
En Muhammad Arif B Man
Penolong Setiausaha
En Nor Apini B Deraman
Bendahari
Tn Hj Sudirman B Yusof
AJK PIBG
En Amran B HJ Ghani
En Kamaruzaman B Mamat
Pn Fatiah Bt Yusof
Pn Hasnah Bt M Zain
Tn Hj Mat Husin B Awang
Pemeriksa Kira-Kira 1
En Ajmn B Salleh
Pemeriksa Kira-Kira 2
Pn Hjh Nor Ashiah Bt Hamzah



Tuesday, March 18, 2014

Jemputan Ke Mesyuarat Agung PIBG Ke 12, 2014

Merujuk kepada surat jemputan mesyuarat PIBG, SMKDP/PIBG/08 /03 / 01Jld.3 (90)   tuan / puan ibu, bapa atau penjaga kepada pelajar sekolah ini dijemput untuk menghadiri Mesyuarat berkenaan pada hari Khamis, 20hb March 2014.
Majlis dijangka bermula jam 11.00 pagi.  Majlis ini menjadi salah satu platform kepada semua ibu bapa / penjaga untuk menyampaikan hasrat dan cadangan kearah penambahbaikan mutu pendidikan anak-anak tuan / puan.
Anak-anak kita adalah masa depan kita dan negara kita.

Sunday, March 2, 2014

Majlis Profesionalisme Memperkasakan Sekolah Rancangan Khas 2014

Majlis ini telah berlangsung di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu sebagaimana maklumat berikut:


Tempat
:   Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu
Tarikh
:   1hb Mac 2014
Masa
:   8.30 pg – 12.30 tgh
Anjuran
:   Unit Menengah JPN dengan kerjasama Sekolah-Sekolah Rancangan Khas




Objektif majlis :

  • Untuk menyampaikan sijil-sijil penghargaan di atas pencapaian sekolah pada tahun 2013.
  • Menjadi perjumpaan sulung bagi pembentukan Sekolah Rancangan Khas (SRK) Negeri Kelantan.
  • Untuk melonjakkan kecemerlangan prestasi sekolah-sekolah terlibat dalam pelbagai bidang.
  • Menjadi titik mula kepada perkongsian kepakaran dikalangan SRK supaya kehebatan dapat dikecapi bersama.
 Aturcara majlis:



Masa
Perkara

08:30
·         Pendaftaran

09:00
·         Ketibaan YBhg. Tuan Haji  Hussain Bin Awang
Pengarah Pendidikan Kelantan


·         Sesi Fotografi

09:15
·         Nyanyian Lagu Negaraku
·         Persembahan oleh Pelajar Maktab Sultan Ismail
·         Persembahan oleh Pelajar SMK Zainab (1)
·         Persembahan oleh Pelajar SMK Ismail Petra
·         Tayangan KLip Video Sekolah Rancangan Khas
·         Bacaan Doa


·         Ucapan Aluan oleh
YBrs. Tuan Haji Ab. Aziz Bin Abdulla
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah


·         Amanat Pengarah Pendidikan Kelantan
YBhg. Tuan Haji Hussain Bin Awang
Pengarah Pendidikan Kelantan


·         Penyampaian Anugerah Kecemerlangan

12:30
·         Jamuan / Bersurai

  

Dalam amanatnya, antara lain Pengarah mengharapkan supaya sekolah-sekolah kelompok SRK ini dapat mempamerkan kecemerlangan masing-masing dalam pelbagai bidang dan tersenarai dalam ‘ranking top five’  kecemerlangan peringkat negeri Kelantan. 
Harapan ini adalah seiring dengan kapasiti pelajar-pelajarnya yang terdiri dari pelajar-pelajar cemerlang yang tidak berpeluang untuk memasuki Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh (SBP)  atau yang tidak mahu ke SBP kerana pelbagai sebab.
 
Majlis yang dihadiri oleh semua warga guru SRK ini menyaksikan SMK Dato’ Perdana telah menerima 8 anugerah kecemerlangan iaitu:

o        Pertandingan MOO DUK KWAN Taekwando Kebangsaan 2013 Peringkat Kebangsaan (Ke 3)         
o        Pertandingan Kawad Kaki Kadet Bomba (Penyertaan)
o        Kem Pemantapan Jati Diri Sekolah-Sekolah Kluster Puteri Islam (Jemputan) Khemah Terbaik (Johan)
o        Pidato Terbuka USM Peringkat Negeri Kelantan (Ke 3)
o        Deklamasi Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan DBP Wilayah Timur Peringkat Negeri Kelantan (Ke 3)
o        Pertandingan Memanah Peringkat Kebangsaan (Penyertaan)
o        Anugerah NiLAM Peringkat Negeri Kelantan Kategori Bahasa Melayu (Pertama)
o        Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan BTPN Kelantan, Portal  Sekolah Terbaik (Pertama)

Semoga  anugerah-anugerah ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan-kecemerlangan  berikutnya.