Monday, July 23, 2012

Selamat bertugas di tempat baru

Selamat bertugas di sekolah baru diucapkan kepada cikgu Sori.  Setelah 11 tahun berkhidmat di sekolah ini, akhirnya terpaksa akur dengan arahan pertukaran yang diterima.  Kami mengucapkan selamat bertukar.  Kami percaya, sebagai seorang pendidik, walau di mana ditempatkan, bakti akan terus ditabur demi memastikan anak bangsa tiada yang tercicir dari mendapat ilmu.  Selamat bertugas di SMK Puteri Saadong.

Monday, July 16, 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan 2012

Kejohanan Olahraga Tahunan ke 7, 2012 telah diadakan di padang sekolah pada 10 dan 11 Julai 2012.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ybrs Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMK Dato' Perdana.
Ucapan Perasmian

Kedudukan pungutan pingat pada kejohanan tersebut adalah seperti berikut:


Rumah
Jumlah
Kedudukan
DOL SAID
131
2
TOK JANGGUT
87
4
DATO’ BAHAMAN
140
1
MAT KILAU
128
3

Manakala keputusan pertandingan perbarisan pula adalah:


RUMAH SUKAN

Kedudukan
Rumah
Pungutan Mata
1
Dol Said
261 mata
2
Mat Kilau
252 mata
3
Dato’ Bahaman
249 mata


Pasukan Pakaian Seragam

Kedudukan
Pasukan
Pungutan Mata
1
Kadet Remaja Sekolah
268 mata
2
Taekwondo
260 mata
3
Silat Gayong Paduka
252 mata

Olahragawan dan Olahragawati 2012 adalah:

Olahragwan   :  Mohd Faez Haiqal B Mazalan  ( Dato' Bahaman ) - 3 Emas, 1 Gangsa
Olahragawati :  Yushasmira Bt Yusof       ( Dato' Bahaman )  - 3 Emas

Majlis perasmian penutup telah dilakukan oleh Tn Hj Ahmad Nazari B Zahari, PK Kokurikulum, SMK Dato' Perdana.

Gambar-gambar semasa kejohanan













Olahragawan dan Olahragawati 2012
 



























Tuesday, July 10, 2012

Sambutan Hari Koperasi 2012

Sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah 2012 telah diadakan pada hari ini, 10hb Julai 2012.  Majlis perasmian telah diadakan di Dewan Sri Perdana bermula jam 10.00 pagi.  Upacara perasmian disempurnakan oleh En. Mohd Azami Bin Mohd Salleh, Jawatankuasa Perhubungan Angkasa, Negeri Kelantan.

Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Arpini.Acara berikutnya adalah Bacaan perutusan hari Koperasi Sekolah :
  • Presiden Angkasa (Prof. Datok' Dr Mohd Ali Haji Baharom) oleh Tn Hj Ahmad Nazari Bin Zahari (PK Kokurikulum)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (YB Dato' Sri Ismail Yaakob) oleh En Rusli Bin Idris (PK Pentadbiran)
  • Menteri Pelajaran Malaysia oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood (Pengetua) 




Selepas ucapan perasmian, majlis diserikan dengan nyanyian lagu Hari Koperasi Sekolah 2012 oleh pasukan koir sekolah.


Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah koperator sekolah.  Penerima anugerah Koperator sekolah adalah:
Kategori Pelajar : Norafifi Binti Shamsudin
Kategori Guru : Pn Nisah Binti Mohamed Rani
Upacara perasmian pagi ini diakhiri dengan upacara menanam 2 pokok 'Bucida' oleh Wakil Angkasa dan Tuan Pengetua di padang sekolah.

Upacara Menanam Pokok Bucida

Acara yang diadakan sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah tahun ini adalah :
  • Gerai-gerai jualan memulakan di Garaj Kereta C (Pondok Jaga) - sebanyak 26 gerai jualan telah dibuka.
  • Pertandingan Petanque bertempat ditepi Dewan Sri Perdana.
  • Persembahan Pelajar di Pentas Dataran Sri Perdana.