Wednesday, April 30, 2014

Majlis Konsultasi Tiga Penjuru SPM 2014

Satu majlis konsultasi pelajar SPM 2014 akan di adakan di Dewan Terbuka, SMKDP hari ini.
Rasional :
Majlis Konsultasi Murni dirancang untuk mewujudkan hubungan yang mesra antara pihak sekolah dengan ibu bapa / penjaga dalam merencanakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan SPM.
Matlamat :
Bagi merealisasikan target kecemerlangan SPM 25% Staraight 'A's (24 orang) serta 69 orang 6A ke atas dan NGP 1.97.
Objektif :
Meningkatkan motivasi diri dan kesedaran untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk peningkatan bilanagan 'A' bagi setiap pelajar.
Kerjasama antara ibu bapa, pelajar dan guru semakin diperkasakan untuk merealisasikan target SPM 2014.
Mendekatkan diri kepada pencipta dalam usaha terakhir sebelum menghadapi SPM 2014.

Tentatif Program

MASA
PERKARA
12.00 Tgh
Ketibaan ibu bapa / penjaga
12.30 tgh
Majlis dimulakan
Doa
(Ustaz Nor Apini B Deraman)

Ucapan Aluan
YBrs Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood
(Pengetua SMK Dato’ Perdana)

  1.30 Tgh
Majlis Konsultasi Pelajar, Ibu Bapa / Penjaga
(Mengikut kelas dan kaunter subjek)

  2.30 ptg
Majlis dijangka tamat.


Thursday, April 24, 2014

Majlis Graduasi Kali Pertama 2014

Buat julung-julung kali, SMK Dato' Perdana telah mengadakan Majlis Graduasi Kali Pertama 2014 pada hari ini.  Perasmian majlis ini telah di sempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Zahari Bin Daud, Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan

Tujuan majlis ini adalah untuk menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan warga sekolah dan PIBG kepada pelajar-pelajar cemerlang peringkat PMR, SPM dan STPM 2013 serta  menjadikannya sebagai satu faktor pendorong kepada pelajar lain untuk menggarap kecemerlangan mereka dalam peperiksaan akan datang.

Kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.  Ia memerlukan kesungguhan, komitmen dan pengorbanan semua pihak yang terlibat.

Sempena majlis ini, seramai 15 orang pelajar STPM 2013, 67 orang peringkat SPM dan 56 orang pelajar peringkat PMR telah menerima anugerah.


Selain daripada itu, seramai lima orang pelajar telah menerima anugerah Khas iaitu:
Nur Anis Zulaikha Bt Abdullah telah menerima Anugerah Pelajar Terbaik  (Anugerah Sri Perdana)
Nur Farhain Bt Suhaimi - Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik (Anugerah Sri Mahsuri)
Muhammad Izuan B Zulkepli - Anugerah Pelajar Cemerlang HEM (Anugerah Sri Hang Tuah)
Najah Husna Bt Samsudin - Anugerah Pelajar Cemerlang KoKurikulum (Anugerah Sri P Ramlee)
Amirul Azim B Mohamad Shaufi - Anugerah Khas Pengetua














 

Wednesday, April 23, 2014

Program Lets Read Together For 10 Minutes

Program ini telah dilaksanakan di Dataran D'Perdana pada jam 10.00 pagi, 22hb April 2014.  Program ini diadakan serentak seluruh negara.
Dalam program ini, semua pelajar dan guru terlibat  masing-masing dibekalkan dengan sebuah buku oleh Pusat Sumber Sekolah.  Peserta program menggunakan masa selama 10 minit untuk membaca buku masing-masing secara senyap.
Di akhir program, dua orang pelajar secara sukarela telah tampil kedepan untuk menceritakan intisari dari bacaan masing-masing selama 10 minit tadi.

Wednesday, April 16, 2014

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2014

Majlis berkenaan telah dijalankan di Dewan Sri Perdana pada hari isnin, 14hb April 2014.  Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh En Kamal Ruzaman Abdullah, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan mewakili Pn Hjh Rosnah Bt Hj Wan Ibrahim, Ketua Sektor Penguruan Pembangunan Kemanusiaan, JPN Kelantan.

Objektif majlis ini adalah :
  • Menjadikan badan pengawas sebagai 'role model' kepada semua pelajar.
  • Melatih pengawas menjadi seorang pemimpin yang mempunyai komitmen terhadap tanggungjawab.
  • Sebagai perantara kepada guru dan pelajar khasnya dalam penguatkuasaan peraturan sekolah.

Aturcara Majlis



Waktu
Aturcara
7.20 pagi
Semua pelajar berhimpun di Dewan Sri Perdana
7.30 pagi
Guru mengambil tempat
8.00 pagi
Ketibaan dhif jemputan
Majlis dimulakan:

·         Nyanyian lagu NegaraKu
·         Nyanyian lagu Selamat Sultan
·         Nyanyian lahu Wawasan D’Perdana
·         Bacaan Doa oleh :
Ustaz Nik Ab Shukur B Nik Abd. Majid

·         Ucapan aluan PK Pentadbiran,
En Rosli bin Idris

·         Ucapan Perasmian
En Kamal Ruzaman Abdullah
(Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan)

·         Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas.

·         Bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas
Saudara Mohamad Aminuddin B Mohamed.
09.30 pagi
Majlis berakhir.


 
























Majlis Graduasi Peajar PMR SPM dan STPM 2013

Perhatian kepada calon-calon PMR, SPM dan STPM 2013 yang berkaitan, majlis di atas akan diadakan pada 24hb April 2014, bermula jam 10.00 pagi di Dewan Terbuka, Sri Perdana. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini serta download dan cetak surat lampiran.

Saturday, April 12, 2014

Hari Keluarga 2014


Pada 11 dan 12 April 2014, Primula Beach Resort, Terengganu telah menjadi lokasi pilihan warga SMK Dato' Perdana menjayakan program Hari Keluarga Guru dan Staf SMK Dato' Perdana 2014.  Pelbagai acara kanak-kanak telah mengisi ruang sepanjang program ini.
Program tahunan ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMK Dato' Perdana.
Aturcara majlis hari keluarga adalah sebagaimana berikut:


















Tuesday, April 8, 2014

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa 2014

Majlis pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah 2014 telah disempurnakan oleh Puan Hjh Khatimas Bt Mohamood, Tuan Pengetua, SMK Dato' Perdana pada Isnin, 7hb. April 2014.


Latar Belakang
Bermula pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK), SMK Dato’ Perdana telah menyambut Bulan Bahasa Peringkat Sekolah.  Pelbagai aktiviti yang menarik telah dilaksanakan bagi memantapkan, memperkukuh dan seterusnya memupuk sikap mencintai Bahasa Kebangsaan.

Matlamat
Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan untuk memantapkan, memperkukuh dan memaparkan jati diri dan citra para guru dan pelajar SMK Dato’ Perdana dengan menguatkan rasa megah dan mencintai bahasa kebangsaan.

Objektif
Memupuk rasa mencintai dan megah terhadap bahasa kebangsaan.
Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa.
Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar.





Atur Cara Majlis
7.30 pg
Pelajar dan guru berkumpul di Dewan Sri Perdana, SMK Dato’ Perdana
7.40 pg
·         Majlis bermula
·         Bacaan Doa
·         Nyanyian lagu Negaraku
·         Majlis Perasmian Bulan Bahasa Peringkat Sekolah oleh
Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood
Pengetua SMK Dato’ Perdana
·         Gimik Perasmian
·         Persembahan Pelajar
·         Nyanyian lagu BAHASA JIWA BANGSA
8.20 pg
Majlis Bersurai



Program Bulan Bahasa
Sepanjang pelaksana sambutan bulan bahasa ini, dijalankan di sekolah, berbagai program telah dirancang iaitu: 
 

o        Pertandingan Deklamasi Sajak (BM, BI, dan BA)
o        Pertandingan Menulis Esei (BM, BI, dan BA)
o        Kuiz (BM, BI dan BA)
o        Pertandingan Syarahan / Pidato
o        Pertandingan MESTAMU
o        Pertandingan Melukis Poster
o        Pertandingan Buku Skrap
o        Impromptu Speech
o        Journal Writing
o        Spell – It – Right



Minggu Bahasa Melayu
Minggu Bahasa Inggeris  
Minggu Bahasa Arab     
:  06 – 10 April 2014
:  13 – 17 April 2014
:  20 – 24 April 2014