Saturday, August 25, 2012

Kembali Ke Sekolah

Puasa sudah, Raya pun sudah.  Sekarang masa untuk kembali ke sekolah.  Pelajar-pelajar asrama selamat kembali ke asrama. 
Kepada semua belajar, selamat belajar semula dan bagi calon-calon SPM 2012, selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM.  Buatlah yang terbaik.  Lazimnya, keputusan peperiksaan percubaan hampir-hampir mencerminkan keputusan SPM nanti.  Untuk mendapatkan keputusan yang lebih cemerlang lagi, anda perlulah lipatgandakan lagi usaha dalam sisa-sisa hari yang ada sebelum menjelang SPM nanti.

Thursday, August 9, 2012

Majlis Agihan Wang Zakat - Takaful Ikhlas

Pada hari Rabu, 8hb Ogos 2012, satu majlis agihan wang zakat telah diadakan di dewan terbuka sekolah.  Seramai 44 orang pelajar yatim dan miskin telah menerima sumbangan wang zakat daripada Syaraikat Takaful Ikhlas.  En Mohd Zaki B Ismail, mewakili Takaful Ikhlas telah menyampaikan wang zakat berkenaan kepada penerima-penerima yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.
Turut hadir dalam majlis ini adalah pihak pentadbir sekolah dan jawatankuasa program penghayatan bulan Ramadhan 2012.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Takaful Ikhlas di atas sumbangan ini.  Semoga sumbangan ini akan berterusan di tahun-tahun akan datang.



Tuesday, August 7, 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama PM

Warga pendidik daerah Bachok, khususnya warga sekolah SMK Dato' Perdana telah berpeluang berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Hj Ab Razak pada hari Ahad, 5hb Ogos 2012.  Majlis yang diadakan di padang SMK Dato' Perdana itu merupakan program pemimpin bersama rakyat.  Semua warga sekolah telah turut bersama memeriahkan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh lebih kurang 20 000 orang tetamu dari pelbagai peringkat dari daerah Bachok.















Saturday, August 4, 2012

Cuit-Cuit Ramadhan

Tingkatkan PNG pahala Ramadhan anda tahun ini. 
Himpunkan sebanyak mungkin pahala di bulan puasa ini.  Jangan sekadar menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja, tetapi tinggalkanlah perkera-perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Cuba gunakan senarai semak berikut:

  • Renew matlamat kita dihidupkan, banyakkan taubat dan istghfar agar mencapai redha Yang Maha Esa.
  • Service minda dan jiwa daripada pengaruh kebendaan, keduniaan yang penuh tipu daya.
  • Polish hati dengan zikrullah, selawat, tilawah al-Quran, Qiamullail dan muhasabah diri.
  • Lock mulut, mata dan telinga daripada perkara lagha dan yang mendatangkan dosa agar puasa tidak sia-sia.
  • Full azam dan cita-cita ke arah mengejar bonus Ramadhan yang tidak terperi banyaknya.
  • Speed roh semangat agar sempat mengejar gandaan pahala, maghfirah, rahmat Ilahi dan Lailatul Qadr.
  • Stop jiwa dan raga dari dosa dan maksiat secara sengaja.
InsyaAllah, anda pasti dapat melalui landasan Ramadhan dengan jayanya.
sumbangan Panitia Pendidikan Islam

Wednesday, August 1, 2012

Titipan Ramadhan

Ramadhan - Bulan Keampunan

Ramadhan ialah bulan keampunan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
  • "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, nescaya diampunkan dosanya yang lalu".
  • "Barangsiapa yang melakukan solat malam pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, nescaya diampunkan dosanya yang lalu".
  • "Barangsiapa  yang melakukan ibadat pada malam Lailatul Qadr keran iman dan mengharapkan pahala Allah, nescaya diampunkan doas".
  • "Barangsiapa yang memberi makan berbuka kepada orang yang berpuasa, nescaya ia akan menjadi sebab dosanya diampunkan dan pembebasan dirinya daripada api neraka".

- Sumbangan panitia Pendidikan Islam