Sunday, April 26, 2015

Cabaran Catur MSSD PPD Bachok 2015

Seramai 4 peserta daripada SMK Dato' Perdana telah berjaya mewakili PPD Bachok untuk menghadapi cabaran Catur MSSK 2015.
Dalam Kejohanan Catur MSSD Bachok 2015, seramai 12 orang pelajar telah mewakili sekolah untuk menyertai cabaran catur 2015.  Kejohanan selama dua hari (21 dan 22 April 2015) ini telah berlangsung di SMK Long Yunus, Beris Kubur Besar.
Sebanyak 14 buah sekolah menengah daerah Bachok telah menyertai kejohanan selama dua hari ini. Majlis perasmian penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh YBrs Drs Amran bin Hj Mustapha, Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Bachok.  YBrs telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Berikut adalah pencapaian pencatur SMKDP:
Untuk kategori 15L, Tempat ke 3.
Untuk Kategori 15P, Tempat ke 4.
Untuk Kategori 18P, Tempat Pertama dan ke 4


Pertama Kategori 18P

Ke 4 Kategori 15P
 
Ke 3 Kategori 15L

Ke 4 Kategori 18P









Program Kem Membaca 1 Malaysia

Tepat jam 10:00 pagi ini, semua warga SMKDP mula melaksanakan aktiviti membaca selama 10 minit.  Program ini daadakan di Dewan Terbuka, SMKDP.

Tema Program adalah : MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)
Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan denngan pembacaan dalam kalangan murid.

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
Program ini bertujuan untuk membudayakan membaca  dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

berikut adalah atur cara program di atas.

                    ATUR CARA

09:40
Pelajar, Guru dan Staf berkumpul
10:00
Program Jom Baca Bersama 10 minit Bermula
10:10
Program Jom Baca Bersama 10 minit Tamat
10:15
Acara kuiz spontan dan ulasan bahan bacaan
10:30
Program Kem Membaca 1 Malaysia
Persembahan Sajak
Persembahan Syair
Persembahan Seloka
Bicara Buku – 3 orang pelajar
11:00
Majlis bersurai.
 





Friday, April 10, 2015

Kejohanan Olahraga Kali Ke 9, 2015


Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) yang diadakan pada tahun ini berakhir dengan penuh keceriaan berbanding kejohanan kali ke 8.  Aturcara tahun ini dijalankan selama tiga hari bermula 07 April dan berakhir pada 09 April 2015.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMK Dato' Perdana, manakala perasmian penutup adalah En Rusli Idris, PKP, SMK Dato' Perdana.  Kejohanan akan lebih ceria jika pegawai kejohanan memakai kemeja-T kejohanan atau Topi Kejohanan.

Berikut adalah jadual aturcara kejohanan.


Keputusan keseluruhan KOT ke 9 adalah :
Acara Perbarisan :
Unit Beruniform :
Puteri Islam - Johan
Kadet JPAM - Kedua
Kadet Polis -Ketiga

Pasukan Rumah Sukan:
Dol Said  -  Johan
TokJanggut  -  Kedua
Dato' Bahaman  -  Ketiga

Pengurusan Rumah Sukan Terbaik - Mat Kilau

Khemah Terbaik :
Tok Janggut  -  Johan
Dol Said  -  Kedua
Mat Kilau  -  Ketiga
Dato Bahaman -  Keempat

Kedudukan Pasukan :
Juara 2015  -  Dato Bahaman (579.6)
Kedua  -  Tok Janggut  (511)
Ketiga  -  Mat Kilau (508)
Keempat- Dol Said  (471.3)

Olahragawan 2015 -  Irfan Aiman  (Mat Kilau)
Olahragawati 2015  -  Nurul Akma  (Dato Bahaman)


















Wednesday, April 8, 2015

Hari Keluarga T-STA D'PERDANA 2015

Tarikh : 03 April 2015
Tempat : Sri Nipah Resort
Masa : 9 pagi - 3.30 ptg
Kehadiran : Warga SMK Dato' Perdana bersama keluarga
Aktiviti : 
  • Acara kanak-kanak - mewarna,
  • Acara keluarga
  • Acara wanita
  • Acara Terbuka - memancing

Nama Baru, Logo pun baru





Cabaran Memancing