Monday, May 28, 2012

Sambutan Hari Guru

Majlis sambutan hari guru telah diadakan pada 25hb Mei (Khamis).  Majlis sambutan telah dirasmikan oleh NYDP  PIBG, Tn Hj Adinan B Hj Ghani.  Seperti biasa majlis sambutan hari guru akan diiringi dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan diikuti dengan lagu tema hari guru, bacaan ikrar oleh semua guru.  Selepas bacaan ikrar adalah penganugerahan tokoh guru lelaki dan wanita.
Tokoh Guru Lelaki 2012

Tokoh Guru Perempuan







































Acara Padang
Program berikutnya adalah acara padang iaitu perlawanan bola tampar antara pasukan rumah sukan guru lelaki, guru perempuan.



Sukaneka
Beberapa acara sukaneka telah diadakan di dataran perhimpunan.








Acara Pentas
Selesai sukaneka, acara pentas pula dimulakan.
Majlis penyampaian hadiah diadakan setelah selesai acara pentas.










Selamat Bercuti kepada semua pelajar (26/05 - 09/06).

Antara Objektif Hari Guru

  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan  negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.