Tuesday, May 19, 2015

Majlis 3 in 1

Setelah menyambut Hari Guru pada sebelah paginya, warga SMKDP sekli lagi menyambut satu lagi aktiviti waktu tengahari.  Iaitu Majlis Jamuan Kesyukuran 2015.  Majlis 3 dalam 1 ini diadakan sempena meraikan kejayaan sekolah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlngan (SKK)pada tahun 2014 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Hari Guru dan Meraikan persaraan Pn Hjh Hakimah Hussin, Guru Kimia sekolah ini yang akan menamtkan kerjayanya pada 31hb Mei 2015 nanti.
Tetamu kehormat majlis ini adalah YBrs Tn Hj Hussain Bin Awang, Pengarah Pendidikan Kelantan.
Majlis yang bermula jam 1.00 tengahari ini turut dihadiri oleh YBrs Tn Hj Ab Aziz Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan.







Selamat Menyambut Hari Guru

Hari Guru tahun ini disambut secara serentak di sekolah-sekolah seluruh negara pada hari Isnin, 18hb Mei 2015 (29 Rejab 1436H).  Majlis sambutan di SMKDP telah diadakan di Dewan Sri Perdana.   Bermula dengan solat hajat di Masjid ArRahman, SMKDP, majlis sambutan diteruskan dengan perarakan masuk para guru ke Dewan Sri Perdana.  Berikut adalah aturcara Majlis:
Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak


08:00
Perarakan Guru Ke Dewan


08:15
Majlis Perasmian dimulakan

Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan Doa (Ustaz  Adnan Bin Ishak)
Ucapan wakil pelajar – Ahmad Shaqib Bin Zalina
Ucapan Wkil Guru- Pn Rohana Ab Rahman
Bacaan Perutusan Hari Guru 2015
En Rusli Bin Idris
(PKP SMKDP)
Ucapan Perasmian
Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood
(Pengetua SMKDP)
Gimik Perasmian
Persembahan khas Pelajar
Acara simbolik penyampaian kad ucapan Hari Guru oleh pelajar dan wakil pelajar
Nyanyian lagu Hari Guru dan Lagu Tema
Ikrar guru
Penganugerahan tokoh guru
Penyampaian cenderahati
Sesi bergambar
Majlis bersurai


Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pn Hjh Khatimas Bt Mohamood, Pengetua, SMKDP.  Sebelum itu, Perutusan Hari Guru dari KPPM telah dibacakan oleh En Rusli B Idris, PK Pentadbiran SMKDP.  Majis bersurai pada jam 10:20 pagi.











Sunday, May 17, 2015

Hari Koperasi Peringkat Sekolah - 2015



Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah 2015 telah diadakan pada 13hb Mei 2015 di Dewan Sri Perdana, SMK Dato' Perdana.  Majlis Perasmian telah di sempurnakan oleh Pn Noriah Bt Daud, PK KoKurikulum, SMK Dato' Perdana.