Wednesday, February 27, 2013

Sambutan MaulidurRasul 2013

Satu majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 6hb Feb 2013 di Dewan Sekolah.  Tema sambutan tahun ini adalah :

Wasatiyyah Penjana Kesatuan Ummah
Objektif sambutan ini adalah untuk:
  • Mengukuhkan pengetahuan terhadap sirah Rasulullah S.A.W di kalangan warga SMKDP.
  • Memberi kesedaran kepada warga SMKDP bahawa Rasulullah S.A.W. adalah ikutan sepanjang zaman dan pembawa rahmat kepada seluruh alam.
  • Memupuk semangat cintakan Rasulullah S.A.W.
  • Mengingatkan warga SMKDP terhadap perjuangan Rasulullah S.A.W. dalam menegakkan syiar Islam.
Pengisian majlis adalah:
Perarakan pelajar-pelajar mengikut rumah sukan
Pertandingan Selawat
Pertandingan Nasyid
Ucapan Perasmian oleh Pengetua
Penyampaian hadiah dan
majlis di akhiri dengan jamuan makan tengahari


































 


Selamat Bersara

Setelah 33 tahun menabur bakti mendidik anak bangsa, akhirnya Pn Hjh Rogayah Bt Daud telah meninggalkan dunia pendidikan (bersara) pada 16 Feb 2013.  Bermula dengan seorang bergelar guru pada 1hb Jan 1980 dan kini bersara dari profesion perguruan, namun gelaran cikgu terus dibawa bersama.  Itulah istimewanya seorang guru, sebagaimana puisi Sasterawan Negara, Datuk Usman Awang yang antara bait-baitnya berbunyi:
                                        ...................
     Jadilah apa pun  pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Satu majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan di Dewan Sri Perdana pada 7hb Feb 2013 di mana seluruh warga sekolah telah berkumpul untuk meraikan majlis berkenaan.  Persaraan beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia pendidikan, khususnya dalam bidang ERT.
Kepada beliau, pihak sekolah mengucapkan selamat bersara semoga budi dan jasa yang ditaburkan selama ini akan terus berkembang-biak menjadi sebahagian daripada amal soleh beliau.