Monday, January 21, 2013

Jasamu Dikenang ...

Satu majlis meraikan pertukaran guru SMK Dato' Perdana telah diadakan pada 16hb Januari 2013 (04 Rabiul Awal 1434) bertempat di Dewan Sri Perdana, SMK Dato' Perdana.  Majlis "Jasamu Dikenang Budimu Disanjung" ini diadakan bagi meraikan pertukaran PK HEM ke SMK Teratak Pulai, Bachok dan Pn Che Jah yang dinaikkan pangkat menjadi Guru Kanan Sains Sosial, di SMK Badak mulai 1 Januari 2013 yang lalu.
Pengetua, dalam ucapan aluannya mengucapkan terima kasih kepada guru-guru terlibat di atas sumbangan mereka dalam mendidik anak bangsa semasa bersama warga SMK Dato' Perdana.  Beliau juga berharap perjuangan ini diteruskan di tempat baru masing-masing.  Beliau juga turut mengalu-alukan kehadiran Pn Hjh Zailani, PK HEM baru meneruskan kelangsungan tugas HEM di sini.
Majlis yang dihadiri oleh semua warga sekolah ini berakhir dengan acara bersalaman antara guru yang bertukar dengan pelajar-pelajar.